Labels

Sunday 9 December 2012

hafizee salleh

aku sangat merindui insan yang bernama HAFIZEE BIN SALLEH!!!!!.


Friday 30 November 2012

jutaan terima kasih

nana ambil kesempatan untuk letak sedebuk pemberian dan peristiwa yang menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup nana. nana takut tak sempat nak luahkan kepada insan-insan berkenaan dengan mulut nana sendiri. kadang-kadang nana merasakan yang hidup nana tak panjang. tak sempat nak selesaikan semua masalah dunia yang berkaitan nana dan orang-orang yang nana sayangi. 

1) Peristiwa terpenting dan paling bermakna dalam hidup nana sepanjang berada di UUM --> menemani ayah dalam DMAS (Dewan Mu-Adzam Shah) UUM semasa majlis penting, konvokesyen kakak. i love u DAD!!!!.. and i miss u so muchh!! ..mmuahhhhh dari anakmu. dan apa yang nana nak sampaikan, nana sangat merindui ayah. peluk dan cium nana untukmu ayah. terima kasih sudi berdating dengan nana pada tanggal 7/11/12. i l0vE U.



2) Tentang phone accessory yang cute ni pemberian cik Sue Ann sebab tumpangkan bilik masa hantar laporan praktikal selama beberapa hari.. thanks a lot suzie



3) this one (pic kat bawah nih) ~ durian. 
pemberian ikhlas daripada cik Bella. seorang insan yang baru nana kenali dengan lebih rapat...dan yA!!, tersangat rugi rasanya kerana lambat untuk mengenali insan tersebut. pape pon, terima kasih sayang. 
kredit to cik Bella Irwan 



 
4) kredit to miss Siti Suhair Saleh sebab sudi belanja nana makan di Kuala Perlis last month. permandangan laut yang sempat nana snap...




nanarahim

kasturi hitam (musk deer)

KHASIAT KASTURI

berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan islam terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.A dan ahli-ahli perubatan Islam, maka Kasturi didapati mempunyai banyak khasiat antaranya:

  1. Memberi kekuatan kepada roh. Haruman adalah santapan roh, manakala Kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi s.a.w: "Sebagus-bagus wangian ialah minyak Kasturi" (H.R Muslim)
  2. Menenangkan jiwa (hati)
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  4. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan 
  5. Menghilangkan debaran jantung
  6. Menghilangkan sesak nafas 
  7. Melegakan lelah (asma)
  8. Menyedarkan orang yang pengsan
  9. Merperkuatkan organ (anggota) diluar tubuh
  10. Memperkuatkan organ dalam tubuh
  11. Menghilangkan kegementaran tubuh
  12. Menghilangkan sejuk tubuh
  13. Menbuang angin yang berlebihan dalam tubuh
  14. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  15. Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
  16. Menjernihkan mata putih pada mata
  17. Berfungsi memelihara kesihatan keseluruhannya
  18. Menolakkan / menghindarkan wabak penyakit
  19. Dapat melanjutkan usia
  20. Meredhakan Allah, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh dan sebaliknya dapat mengusir     syaitan dan konco-konconya.

Menurut Imam Asy-Syafi'ii r.A bahawa antara perkara yang dapat menguatkan jasmani ialah dengan mencium bauan harum.

 



Friday 23 November 2012

print screen

Apa itu "print screen"..??.
contohnya adalah seperti dibawah:



Bagaimana membuat "print screen"

langkah-langkah save as print screen


1)


mula-mula korang tekan butang/punat "print screen" seperti gambar disebelah --->>
mintak maaf bebanyak. gambar sedikit kabur. maklumlah, snap pakai phone murah jekk. ehee



2) seterusnya, korang pegi dekat --> start > all programs > accessories > paint. Click dalam kotak yang disediakan > tekan CTRL dan huruf A serentak > click kanan > paste.


dan ini hasilnya (lihat dibawah)




3) kemudian -->click file > save as




selamat mencuba!!
nana rahim punya perkongsian

Friday 16 November 2012

salam Ma'al Hijrah

assalammualaikum semua

hari ini, 16/11 dan semalam tentunya 15/11/2012 bersamaan 1 muharam. alhamdulillah, nana bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dimuka bumi ini. alhamdulillah juga kerana nana berjaya untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari semalam a.k.a berpuasa. 0ppss maaf sekiranya ada yang merasakan nana over lebih nak mentioned kat public yang nana berpuasa tempoh hari. 

berbalik kepada tajuk utama, "salam Ma'al Hijrah". tahun baru menurut kalendar islam kali ini, nana tidak meletakkan azam yang banyak disebabkan habit nana yang tak berapa nak matang. Yee, nana dah masak dengan perangai under aged yang sebati dalam diri nana. azam kemain banyak, tapi yang terlaksana dan mencapai target hanyalah seperlima sahaja. sekaligus membuktikan siapa diri nana. jadi untuk kali ini, azam tahun baru nana hanyalah yang biasa-biasa dan inshaAllah mampu dicapai. 

apa yang tegar untuk tahun baru, seperti biasa yang nana tak pernah curang dengan colour pink. Ya!!! . nana suka sangat colour pink. kalau boleh semuanya nana nak pink. yeke??.. memanglah baju bajan nana tak banyak colour pink sebab adakalanya kurang sesuai dengan kulit nana yang tak berapa nak putihhh sangat ni. alhamdulilah nana masih sedar diri disitu. tetapi, kesetiaan nana terhadap pink memang tak boleh disangkal. buktinya, tengok kat atas meja study nana. majoriti pink dan of course, purse, phone housing, bag, shoes, pencil box dan...malah earphone pun colour pink. rasanya tak perlu terlebih over dan eksaited menyenaraikan secara detail barangan pink milik nana. menyampah pulak rasa. 

bersempena awal muharam ini, telah berlakunya jejak kasih. adik beradik angkat yang dah lost contact sekian lama hampir 6 tahun terjumpa kembali. lokasi didalam makmal komputer pada masa antara 6-7 petang. syukur alhamdulillah. 

perkara paling penting yang sering menjadi gangguan dalam hati dan minda nana tak lain tak bukan adalah FAMILY. kasih nana terhadap family semakin membuak. air dicincang tidak akan putus. sebak + sedih + nak meraung. semuanya bercampur aduk menjadi satu formula dalam fikiran nana. kadang-kadang bagaikan hidup akan datang akan kelam dan kosong tanpa family. apa yang menjadi ketakutan melampau dalam hidup nana apabila membayangkan kehidupan seorang diri terkontang kanting tanpa ahli keluarga. MashaAllah. betapa tuhan sahaja yang mengetahui betapa kecamuknya hati nana walaupun hanya membayangkan dan masih belum menghadapi. Astagfirullahhalazim.

nanarahim


Wednesday 14 November 2012

ini diri nana, so what??

peace be upon you ...peace >_<

apakah perasaan anda sekiranya penampilan diri dipersoalkan?
nana pernah tekankan dientri sebelum ni. nana hanyalah gadis kampung berbaju kurung dan bertudung bawal. tapi disini nana tambahkan sedikit. bertudung bawal bunga-bunga. tapi itu kadang-kadangla. tudung bunga-bunga yang nana ada pun tak banyak. banyak lagi yang kosong. hurmm, bagi yang mengenali nana mesti tahukan nana macam mana. Yee betoll. nana sangat simple. tudung selimpang kiri dan kanan jee. takde nak belit-belit, buh kerongsang besar dabak berjuntai-juntai and sebagainya. tapi part tu tak kisahla kan.
yang menjadi persoalan tanda ketidakpuasan hati nana nie, salah ke pakai tudung bunga-bunga?. macam orang kampung ehh?. ok fine!!!. nanti nak kawin, cari calon yang tak pakai tudung macam nana yee cik abang. dan KALAU kita ditakdirkan berjodoh, hari-hari nana nak pakai tudung bunga-bunga selimpang kiri kanan. biar sampai encik suami (cik abang yang sesedap oren mengomel penampilan nana) muntah hijau plus kuning langsung serik dan menyesal dengan statement yang pernah dilemparkan kepada nana. 

hakikatnya, inilah diri nana. fullstop. belum dapat seru lagi nana nak pakai gojes macam gadis office or yang dah bekerjaya. nana masih student. nak nampak macam remaja belasan tahun ke apa. itu nana punya sukalahhhh. tak nak kawan, nana tak kisah. nana boleh cari lain.

pesanan dari nana buat cik abang > maaf sekiranya terbaca entri nie sebab termengumpat. tapi seingat nana, tak pernah pulak bagi url blog nana nie kat cik abang berkenaan. huhhh. aptb a.k.a apa pun tak boleh.

terpulang kepada yang melihat untuk menilai. apa pun nana memang gadis kampung. terima kasih kepada cik abang berkenaan kerana mengingatkan nana . supaya nana tak lupa diri. YESSS!!
~nana bangga dengan title "gadis kampung"~

tak puas hati?. jom fight . ala bucuk-bucuk. tamo sentap-sentap. tamo fight-fight. nak kenal jekk.
jom~ erkkkk. nombor phone terlupe dehhh.
email jekk yang ingat (alasan lapuk)
kalau ada apa-apa yang tidak puas hati bolehlah email kepada > norsarina89@ymail.com<
hehe..nana rahim sayang kamooo.
muahhhh












zaman muda remaja


assalammualaikum dan hai korang semua
firstly bebanyak terima kasih nana ucapkan kerana sudi meluangkan masa, meringankan jari jemari search blog nana dan men"scroll down" untuk membaca latest entri dari nana. terharu sesangat nana. tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata (ceewahh. perasan giler nana kan. macamla die tu retis orang terhegeh-hegeh nak amik tau.). pape pon nana harap korang tak muntah hijau dengan keperasanan nana yang telah disengajakan dipermulaan entri. uhuuu. sebagai mukadimah apa salahnya kan. (senyum gedik).

well, nana merajinkan jari jemari nana malam nie untuk meng-hupdate entri. tujuan utama untuk perkongsian semata. betoll!!.. tak tipu pon. mai nengok sat gambaq yang nana upload nieh. haa percaya tak kalau nana kata, macam niela rupa nana masa kecik-kecik d0luuu. rambut kerinting kalah meggie. 



kisah disebalik rambut kerinting milik nana. 
dalam family nana, takde sorang pon girl yang rambut kerinting termasuk mak. ditakdirkan nana sorang je yang rambut kerinting. pengalaman nana berambut kerinting sampailah umur nana menginjak 5 tahun. ehhh, sampai umur 5 tahun jek?. yess!!!. mak nana punya eksaited bagai dapat sorang anak pompuan berambut kerinting, hampir setiap hari duk gunting rambut nana. konon nak menjaga. alih-alih makin hari semakin lurus jadinya rambut nana. eheeee.. orang yang paling gumbira??..of coursela NANA. haha. mak punya frust bila tengok rambut nana lurus. bak kata pepatah, nasi dah jadik bubur. nak buat macam mana kan.
 seriously nana tak suka rambut nana kerinting. tapi suka tengok rambut orang lain kerinting..hurmmm ada-ada je nana nie kan.
... dan disebabkan rambut kerinting nana nielaa (merujuk kepada gambar), nana telah membuang sekeping gambar nana semasa tabika sekolah. har har. kenapa ntah nana memang fobia dengan rambut nana sendiri. mungkin disebabkan lain dari yang lain dan pernah ditegur oleh seorang pak cik dalam kampung nana. katanya, nana nie anak orang lain sebab tak sama dengan adik beradik yang lain..waaaaaaa. tak suka statement pak cik berkenaan. nana benci!!!!!. 

tapi sekarang rambut nana tak kerinting lagi. hilang sudah keresahan nana zaman memuda doluuu. ahaaaa. 

...and then, cuba korang pejam mata. ingat semula lukisan pertama yang korang lukis. lukisan pertama nana adalah bunga yang comel macam nana . oppsss. berkelopak lima. hehe. mak nana yang ajar. YUppp!!. mak nana ajar nana masa sekolah tabika. means, nana 5 years time tuhh. nana lukis banyak sangat bila dah pandai kat atas kertas lukisan. sweet sangat bila ingat semula. masa tengah pandai dan baru belajar melukis menjadi sebuah peristiwa dalam hidup nana. dan sekarang menjadi sebuah kenangan dalam hidup nana. yang akan nana ingat sampai ke-tua. 





Monday 12 November 2012

persoalan yang lazim

seorang lelaki yang kukira masih baru disini barangkali. tujuan asalnya hanya untuk melintasiku. sambil lalu, memandang dengan penuh tanda tanya seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan. pelik. kenapakah?. padahal memang tidak pernah kulihat lelaki tersebut sepanjang 3 tahun disini. kemudiannya berpaling kebelakang dan mendapatkan tempat yang lebih dekat denganku. maka bermulalah dialog antara kami.

si lelaki  : assalammualaikum
nana      : waalaikummussalam
si lelaki  : semester satu ke?
nana    : (sambil memikirkan sesuatu. mengambil nafas sebelum menjawab pertanyaan yang diajukan.) .  semester tujuh. 
si lelaki  : ehh keciknya.
nana      : (dalam hati bernanah kot. grrrr. tapi masih tersenyum.). kenapa ye?
si lelaki  : takde apa. ermm, akak la kiranya nie ye?
nana    : yupp (penuh keyakinan sambil mengangkat kening sebagai menyoal balas menggunakan bahasa badan)
si lelaki  : (senyum). ingatkan semester satu tadi. 

si lelaki tadi meminta izin dariku sebelum berlalu. cehhhh

what the &*^*.. arghhhhh . tension nana. (menaip dengan kasar sambil mulut membebel-bebel).






erkk~ final exam yang semakin hampir

In the name of Allah swt. the most gracious. the most merciful.
assalammualaikum.

pejam celik dah bulan masuk bulan november. begitu cepat masa berlalu. peperiksaan akhir pun semakin hampir. first paper nana 31/12/2012..ahaa, bila nak mula nelaah pun tak taulaa. hurmmmm.
korang semua mesti dah start pulun kan kamoo- kamoo semua??.. ehemm!! kamoo- kamoo semuala yang sedang meluangkan masa kat entri nana nihh. terbaikklaa. oupsss lupa pulak. nih nana link kan latest schedule for the final exam A121, UUM selepas pindaan kedua. sila muat turun disini

ehh ehh, tadi ada dua girls tanya nana, kat mana nak download benda alah jadual peperiksaan akhir sesi A121 , 2012/2013. so, thats whyla nana tetiba dapat idea nak update blog. bagi yang belum tau nak download kat mana, korang boleh download kat HEA, UUM ataupun dalam korang punya UUM PORTAL (student). kalau nak download melalui hea, boleh bukak link nihh > hea.uum.edu.my > lihat diruang announcement atas sebelah kanan. korang akan nampak link jadual peperiksaan akhir... click that link > sila muat turun disini ( click tulisan merah "disini"). senang kan??. second choice, korang boleh download melalui student portal, kat bahagian hebahan (sebelah kiri sekali). 

p/s: nana sekadar ingin berkongsi terutama kepada adik-adik junior dan takde niat nak tunjuk pandai. peace ^_^

Sunday 4 November 2012

single but not available

assalammualaikum semua

suka pulak hati kitew. 
korang biasa tak dengan perkataan nie "single but not available". suka nana untuk menterjemahkannya. single (masih belum berkahwin) but not available (sudah berpunya samada sudah bertunang/ masih bercinta / sudah mempunyai pilihan hati). tak kira perempuan atau lelaki, suka menggunakan ayat tersebut apabila ada yang bertanyakan status diri . tak percaya??. kat pesbuk contohnya, status diri seringkali berubah. apabila dari complicated / married/ engage/ in an open relationship  kepada single. pasti ada yang bertanya diruang komen untuk kepastian. terutama bagi yang berlainan jantina. nahh!, apa jawapan lazim diberikan oleh empunya diri yang mengubah status relationship?. cubit pipi jawab sendiri. hehe.

nana seringkali terbaca status update yang sebegini. antara jawapan yang nana sering jumpa. simple je. "dimulai dengan gelak. single but not available" .. see!! . kan betul. empat perkataan yang pemes untuk jawapan yang simple. kemudian barulah nak explain more detail about that status. maka keluarlah jawapan-jawapan yang adakalanya, positif dan adakalanya negatif. kita yang membaca boleh menilai sendiri.

ada juga kes yang mana siempunya diri sudahpun mendirikan rumahtangga. TETAPI, dengan bangganya menggunakan empat perkataan pemes yang nana jelaskan diatas. apa cerrr???.. ohh mungkin ini maksudnya bagi yang sudah berkahwin pula. versi lelaki : single (masih ada kuota. that means, baru ada a wife. so boleh kahwin lagi tiga orang) but not available (tak sampai hati nak guriskan perasaan isteri sekiranya berhubungan secara terangan).. ahaa versi perempuan pulak?. begini kot . single ( sudah berkahwin tetapi suami tak romantik, asyik gaduh laki bini , bukan orang yang dicintai or something like that) but not available ( kalau ada yang berkenan, berkemungkinan besar berlaku kecurangan ataupun dah get ready tuntut fasakh. nauzubillah)..

opss, ini dari sudut pandangan peribadi nana. korang semua mungkin berbeza dengan apa yang nana fikirkan. apa-apa pun, layannnnnn~

p/s : suka nana untuk menterjemahkannya. menunjukkan bahawa semua yang tercoret diatas adalah pandangan nana sahaja. kalau ada yang tidak berpuas hati/ touching dengan mana-mana statement nana kat entri merangkap blog nana ni, ampun dan maaf nana pohonkan. 

nana insan biasa. tidak sempurna dan ada kekurangan.

Saturday 3 November 2012

lelaki pertama

suatu ketika dulu, nana pernah diminati secara diam oleh seorang lelaki. dialah pertama yang berani meluahkan isi hati kepada nana. akhirnya kami terpisah tanpa sempat menjalin apa-apa hubungan istimewa. beberapa ketika selepas itu, nana didatangi seorang perempuan merangkap sahabat nana. katanya, si lelaki semakin kacak, tinggi lampai, putih melepak, famous, dan wahhh. nana kurang pasti apakah motifnya. yang jelas, semuanya menunjukkan ketidakpadanan nana dengan si lelaki berkenaan. maksud tersirat sebalik penceritaan yang tak dipinta oleh nana menunjukkan yang nana TAK SESUAI LANGSUNG dengan si lelaki. dan haruslah perempuan yang bercerita kepada nana meminati si lelaki. kisah ini sudah lama berlalu. tapi masih segar dalam ingatan nana. 

tak terungkap oleh nana dengan kata-kata. jauh sekali berterima kasih kerana menyedarkan siapa diri nana. budak kampung yang masih berhingus barangkali pada pandangannya. meski nana SENTAP, nana tak mahu cepat melatah. suka nana tegaskan, nana langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan melainkan hanya menganggap si lelaki hanya kawan lelaki biasa, tiada yang istimewa. hati nana kuat mengatakan si perempuan menyukai si lelaki dalam diam. pada ketika yang mana nana didatangi si perempuan, hati nana melonjak untuk melepaskan amarah. betapa sekiranya anda meminatinya, tak perlu menyakiti hati yang lain. hati nana sedikit terguris kerana penceritaan yang secara tak langsung merendahkan nana. nana berbangga dengan diri sendiri. masih dapat bersabar dengan kerenah manusia yang mementingkan kegembiraan dan kepuasan hati sendiri. 

beberapa minit yang lalu, excited untuk dikongsikan dengan pembaca. nana terjumpa mukabuku milik si lelaki. jemari pantas menggerakkan mouse untuk menjejak perempuan yang bertahta dihati si lelaki. hasilnya, nana mendapati bukanlah si perempuan yang mendatangi nana suatu ketika dahulu berada dihati si lelaki. si lelaki bukanlah ditakdirkan dengan si perempuan. NAH!!, rupanya yang beriya-iya hanyalah bertepuk sebelah tangan. inilah dikatakan hukum karma mungkin. apa yang tidak dapat disangkal oleh nana... YA memang betul apa yang dikatakan si perempuan 6 tahun yang lalu kepada nana. tersangat tidak padan si lelaki dengan diri nana. Alhamdulillah. nana masih diri nana. semoga si lelaki berbahagia bersama orang yang disayangi. ameenn.

nana hanyalah seorang gadis kampung yang masih berpakaian kolot pada pandangan sesetengah individu. berbaju kurung dengan tudung bawal simple serta berkasut tutup. itulah pemakain rutin ke kelas dengan alasan pemakaian formal sahaja dibenarkan semasa kuliah. dengan rasa penuh kehinaan, nana berserah sepenuhnya kepada yang ESA. sekurangnya, nana masih seorang gadis yang mampu mempertahankan maruah diri, keluarga , agama dan bangsa. nana sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mendekatkan diri dengan yang maha esa. ALHAMDULILLAH





tiba tiba

In the name of Allah swt. the most gracious. the most merciful
peace be upon you

seperti biasa duduk termenung. fikirkan masa depan (cewahh). yee,memang habit nana suka termenung. terpandang seekor cicak disyiling bilik. teringat zaman kecik-kecik.suka main teka-teki. salah satu, seekor cicak bertepuk tangan melihat dua ekor cicak yang lain bergaduh.apakah yang berlaku kepada cicak yang mentertawakan dua ekor cicak yang sedang bergaduh berebutkan serangga?. dan of course jawapan yang tak berapa nak matang. cicak tersebut akan jatuh dengan alasan cicak tidak mungkin dapat mencengkam syiling dengan hanya menggunakan dua kaki.

terpandang jari jemari. bilalah agaknya jari manis akan disarung cincin. perkahwinanlah semestinya. nana tertanya-tanya, siapakah lelaki yang bakal nana nikahi. layakkah nana?. mampukah nana?. pelbagai persoalan. TETAPI wajiblah sekarang ni nana fikirkan tentang pekerjaan yang bakal nana terjah. terlebih dahulunya.

teringat kampung halaman. rumah baru tapi still dalam kampung yang sama. perasaan mula diselubungi kesedihan. kerinduan terhadap keluarga tercinta semakin meninggi. inshaAllah nana cuba mengawal. akan diseka air mata dari jatuh mengalir. menatap gambar kedua orang tua nana. itu sahaja yang mampu. adat berjauhan. utara timur.

masih nana ingat pertama kali menjejak kaki dibumi Sintok. suasana ,perasaan dan keterujaan. hari pertama diminggu pertama, nana tidak kekok dan tidak sedih. hari berikutnya sehingga sekarang nana tidak kekok TETAPI sentiasa bersedih (bukanlah 24 hours). walau nana anak perempuan, itu bukanlah alasan untuk mengatakan nana tersangat rapat dan merindui keluarga yang jauh dimata. seterusnya mengharuskan diri untuk tidak belajar berdikari dan berjauhan dengan keluarga. heyy!! wake up nana. hidup tak boleh terlalu bergantung. mestilah berdikari. itu bukan sahaja boleh mematangkan fikiran, malah memberikan pelbagai pengalaman hidup. yang mungkin suatu hari nanti menjadi kenangan terindah dalam hidup, inshaAllah.

nana sering mengingatkan diri. kehidupan adalah sebuah pengembaraan. jadi kutiplah sebanyak yang mungkin bekalan yang berguna untuk kehidupan yang kekal abadi.

sekian dari nana..

Wednesday 31 October 2012

oh blogwalking

hai, assalammualaikum

apa itu blog walking??..
setakat yang nana faham, blogwalking adalah aktiviti yang mana blogger-blogger mengunjungi blog orang lain untuk menambah bilangan follower dengan cara meninggalkan jejak seperti backlink (url) diruangan komen entri ataupun shoutbox. lazimnya blogger akan meninggalkan perkataan seperti "jemput follow kembali" ataupun "saya dah follow. sila follow kembali" diruangan shoutbox blog yang dilawatinya. ada jugak yang memberi komen di latest entry blog dan meninggalkan url mereka dengan harapan pemilik blog yang dikunjungi akan melawat kembali. tetapi tidak kesemua yang membuat blogwalking adalah bertujuan menambah bilangan follower. ada yang sekadar mengisi masa lapang, menambah pengetahuan dan perniagaan.dalam erti kata lain blogwalking  adalah jalan-jalan dalam dunia blog. blogwalking tidak semestinya mesti ada blog. boleh juga melalui akaun google, twitter dan yahoo. that means, yang takde blog pon boleh membuat blogwalking

nah,bermacam cara kita boleh membuat blogwalking. antaranya:

1) korang boleh join blog nie http://jomblogwalking.blogspot.com/ dan tinggalkan korang punya url sebagai tanda korang juga mengalukan kunjungan daripada blogger lain.

2) nak senang,korang klik je kat Next Blog» seperti contoh dibawah. kalau korang ada buka blog sendiri atau hanya membaca blog orang lain, tengok ruangan atas sekali (macam contoh dibawah).korang cuma klik je perkataan "next blog". automatik je google akan sajikan korang dengan blog lain yang dicadangkan (blog/post yang dishare or dicadangkan kepada google oleh pemilik blog sendiri atau orang lain yang tolong cadang kepada google) . oppss part nie susah sikit nana nak explain.nanti ada masa nana explain ye. 


 More  Next Blog»


3) boleh jugak kalau korang taip je pape perkataan / keyword untuk sebarang maklumat/ info yang korang nak search then,keluar banyak contohnya "datang bulan". akan keluar senarai seperti dibawah dengan perkataan "datang bulan"diboldkan. ini secara tidak langsung boleh membuat blogwalking.


  1. Hanif Bin Idrus Blog: Bila Pengantin Baru Datang Bulan

    hanifidrus.blogspot.com/.../bila-pengantin-b... - Translate this page

    1 Jun 2012 – Ini ada satu kisah satu pompuan ini minggu lepas baru nikah..tah macam mana masa malam nak akad nikah tu dia datang bulan...pehhhh!
    You visited this page on 10/28/12.
  2. Cerita tentang A.K.U: Hani dan Persoalan Datang Bulan

    semuaaku.blogspot.com/.../hani-dan-persoal... - Translate this page
    12 Jul 2012 – Sungguh, walaupun period / datang haid / datang bulan ... satu perkara yang alami dan sebenarnya semua orang tahu, saya masih malu untuk ...
    You visited this page on 10/28/12.
  3. Miss Qistina Sumaiya: Apabila Perempuan Datang Haid

    qistinasumaiya.blogspot.com/.../apabila-per... - Translate this pageShare
    11 Ogos 2012 – Namun dia kena terima hakikat bahawa setiap wanita mesti akandatang haid. Perutnya rasa keras dan tak selesa. Bahagian belakangnya ...


4) lagi-lagi-lagi mudah, tengok kat ruangan cadangan pembacaan oleh blog yang telah dikunjungi. contohnya, korang lawat blog dena bahrin (antara top blogger). tengok kat awesome-ness. korang boleh pilih blog mana yang korang nak lawat seterusnya.

~jom blogwalking dan selamat mencuba~

hehe..ini cuma pendapat nana. maaf kalau langsung tak sama dengan pemahaman korang. penambahan maklumat/ pembetulan sangat dialukan.sekian dari -nana rahim-.

loveuall...mmuahh



Tuesday 30 October 2012

sajian pagi daripada nana

assalammualaikum
selamat pagi


NAHH!!!..breakfast dari nana untuk korang..ehee



lepas breakfast, jom relak santai dengan sajian dibawah

alamak!!..sedar tak sedar kita tergolong dalam golongan diatas??..masih sempat untuk bertaubat.


opssss..menu untuk kaum hawa!!

walau pun nana tak seayu dena bahrin, tak sejelita hanis zalikha, dan tak sefamous maria elena...tetapi,nana tetap bersyukur dengan apa yang nana miliki..i'm proud to be a daugther ,a girl and muslimah. peace!!



~nobody is perfect~



so,please please and please to stop blaming others..look at yourself first before condemn them. give them a chance sebab kadangkala mereka yang pernah melakukan kejahatan mungkin lebih baik dari kita satu hari nanti dan TIDAK MUSTAHIL kita pula yang mengambil alih tmpat dia satu hari nanti. nauzubillah. point nana here is janganlah menghukum orang yang dah bertaubat kerana kesalahannya yang lepas. kita siapa untuk menghukum sedangkan kita juga pernah melakukan dan sentiasa melakukan kesalahan sedar atau tidak..itulah hakikat manusia.tak lari dari melakukan kesalahan. 

so,i'm begging you all to...



ambil masa 1 minit,  muhasabah diri. inshaAllah kita akan diberi hidayah olehNya kalau betul-betul menghayati kata-kata diatas. nana pernah terbaca, antara makanan kerohanian yang bagus adalah kata-kata yang boleh memuhasabahkan diri kejalan diredhai. Wallahhuallam.

coretan nana rahim




Monday 29 October 2012

kering gusi

hai assalammualaikum

sila baca petikan dibawah dan terima kasih atas kerjasama anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak sekarang bukan mcm aku masa kecil-kecil dulu. Untuk setiap soalan atau statement yang kita beri, ada saja jawapan dari mereka kan. Kadang-kadang tak terfikir pula kita ni sampai begitu sekali. Sometimes jawapan mereka buat kita rasa kelakar, marah dan sedih pun ada...

1. Perbualan dalam kereta - gara-gara Iman tak dengar kata. Sbb apa, tak boleh recall pula. 

Mama : Iman, kamu faham tak apa mama cakap? 
Iman   : Tak .. kalau mama cakap Tamil baru saya faham.
Mama : Oo kamu pandai cakap tamil ye. Cuba cakap sikit, mama nak dengar.
Iman   : Mulut saya ada makanan. Mama kan pesan jangan bercakap kalau mulut  penuh ...

Haaa menjawab, menjawab. Bengang kan dengar?


2. Perbualan di meja makan.

Mama : Hani, biji buah plum tu jangan kulum. Nanti tertelan.. tumbuh pokok dalam perut kamu baru tahu.
Hani   : Ala, dalam perut saya mana ada tanah. Mama kata nak tanam pokok kena ada tanah kan.

Cis... (beberapa lama selepas itu..)

Hani    : Mama, hari tu kan, kat rumah nenek, saya telan biji limau.
Mama  : Oo dah tumbuh pokok la dalam perut kamu?
Hani    : Err (sambil gosok perut) biji tu masih benih dalam perut saya ni.

Menjawab lagi... ada saja jawapannya kan..  Sila perhatikan perkataan masih tu ya. Hani bercakap guna ayat surat kan.. :p


3. Perbualan dalam bilik

Hani : Mama selalu cakap mama sayang saya, tapi kenapa mama selalu marah saya?

Mama tak terkata apa. Hai kepala... cepat berfikir! Cik Hani dalam mood sedih tu...

Mama : (sambil gosok belakang badan dia.) Mama sayang anak mama ni.. Tapi, kalau anak mama tak dengar cakap mama, mestilah mama marah.. Sapa kata mama tak sayang Hani. Mama sayang semua anak mama ... 


Alahai.. sedih la pula!


*****************************************************************************************************************************************************************


nie baru sikit. tapi nana dah terguling-guling dan terkekeh-kekeh gelak membaca entri blog nie. keletah kanak-kanak yang sangat kelakar bagi nana. so sweet akak nie melayan kerenah anak-anak bersama suami tercinta. nana doakan semoga mereka bahagia berkekalan. DAN tujuan nana share petikan diatas yang nana copy and paste adalah sebagai cadangan kepada yang suka membuat blog walking supaya menjelajah ke blog tuan punya cerita diatas.hehe. especially kepada cik Ruby yang setia mengikuti latest post from nana. i lap u dalink. 

pesanan dari nana: jngn smpai terguling-guling pulak membaca sebab banyak lagi yang lebih menggelikan hati kat blog akak nie. selamat menghilangkan kebosanan time cuti -keletah kanak-kanak yang ch0mellL

nana rahim




Thursday 25 October 2012

sayunya hati ini

yaAllah, engkau tabahkanlah hati hambamu ini, kuatkan dan cekalkanlah hambamu ini dalam menempuh segala ujianmu yaAllah.. Amin ya Rabb.

assalammualaikum
esok dah nak raya. tadi sedang nana leka membaca status update my facebook's friends, nana terbaca status seorang sahabat lama (form six dulu). dia pun tak balik berhari raya dan meluahkan perasaannya yang sedih.agak panjang jugak luahannya. nana tersentuh. sebab nana jugak berada dalam situasi yang sama dengan dia. semalam 

semasa menjaga lab petro
4 orang junior : hai kak, bila balik?
nana : kak tak balik dik. korang semua balik bila?
4 orang junior : kami balik kejap lagi kak. tiket 11 malam.
nana : ooo (dalam hati dah menahan air mata dari mengalir). hati- hati ye. smpaikan salam akak kat family semua.

on the way nak balik bilik
2 girls : hai kak ina, tak balik ke?
nana : tak sayang. nak duk sini. sayang UUM. (padahal hati dah sentap habis)
2 girls : akak nie. boleh pulak. orang semua nak balik beraya ngan family la kak.
nana : takpela. ehh, balik hati- hati tau. sayang u olls.
2 girls : ok kak. kami pegi dulu. babai

pagi tadi kat DPP EON
seorang staf : ehh, awak tak balik kampung ke?
nana : tak encik.
seorang staf : laa. kenapa?. awak tak kesian kat mak awak ke?
nana : hanya tersenyum ( pipi nana dah rasa panas nak nagis, tapi nana tetap tahan)
seorang staf : kalau awak tak balik, nanti pegila kat pusat islam. ada buat Qurban untuk students yang tak balik. esok kalau tak silap saya.
nana : oo yeke. inshaAllah encik
seorang staf : senyum sambil berlalu

kat bilik nak p toilet
mak cik : dik, tak balik ka?
nana : ehh, mak cik . saya tak balik. mak cik keje lagi ke esok (soalan tak berapa nak matang)
mak cik : nak ngeja apanya dik oii. esok nak raya.
nana : ehh, haah. lupa pulak
mak cik : dik pasai pa tak balik kampung?. asai orang mana?
nana : saje mak cik nak rasa raya kat tmpat orang. saya asal pahang
mak cik : la..tu aaa? (slang kedah).
nana : senyum
mak cik : maila p jalan umah mak cik. ajak kawan-kawan. duk kat sini hampa tak sedih ka esok nak dengaq takbir.
nana : senyum (nana semakin sebak. dari tadi duk menahan perasaan). takpe la mak cik. terima kasih.

nana sedih, rasa sayu. teringat kat adik-adik, ayah, family semua.... nana tak sanggup dah. air mata nana dah kering asyik nangis setiap hari. mata nana  dah mula bengkak. nana takde tenaga. nana takde kekuatan ... nana dah tak tau nak buat apa. apa pun yang nana buat mesti mengingatkan nana kepada kampung. nana nangis, nangis, dan nangis. tapi nana puas setiap kali lepas nangis. puas sampai tertidur. itulah rutin nana. nana tak kisah nangis sekuat hati. sebab takde sape pun yang mendengar...

nana~sangat~sedih --nana rahim--

Wednesday 24 October 2012

yes i am !_!

i am a girl who has a heart and feelings like the other human. ~Assalammualaikum ~

hati mana yang tak sedih bila terkenangkan family yang berjauhan disaat hari mulia.YES, nana sangat terkedu. beberapa hari lagi, raya Qurban akan disambut oleh umat islam. sebagai muslimah, nana sekeluarga turut menyambutnya setiap tahun walaupun ala kadar dan tak semeriah raya puasa. for the first time, nana tak pulang ke kampung berhari raya. bagi yang pernah merasainya pasti akan memahami perasaan nana ketika ini. kalau ikutkan hati, nana nak meraung sekuat hati ... menangis semahunya. tapi nana cuba untuk bersabar. nana kuatkan hati. nana set dalam minda, ada orang yang nasibnya lebih teruk dari nana, lebih sedih dari nana, lebih tragis dari nana. apa yang nana lalui sekarang hanyalah lima percent. samaada korang percaya ataupun tak, nana menaip entri nie dengan linangan air mata. nana tak kisah kalau korang nak cakap nana cengeng, touching lebih or "itu pun nak mentioned kat public ke?".. nana tak kisah u olls. hakikatnya hati nana memberontak nak balik rumah. hati nana akan terubat bila dapat melihat kegembiraan dan kemeriahan keluarga nana. nana mengaku, nana bukanlah seorang anak yang taat, seorang adik yang boleh diharapkan serta seorang kakak yang sempurna. but, at least nana try to do something good very well for them (my beloved family). nana nak bahagiakan keluarga nana, senangkan mereka ... 

nana ambil keputusan untuk stay here walaupun hati nana membangkang hundred percent. nana ketepikan perasaan nana sendiri. nana selfish. nana ego. nana nak tunjuk lagak. nana keras kepala. nana hati batu. macam -macam lagi panggilan buruk sesuai dengan nana. nana jelek dengan diri sendiri. nana seksa diri sendiri. nana puas dapat nangis setiap malam sebelum tidur. nana puas seksa perut nana dengan berlapar. nana puas berlagak happy walhal sebaliknya. senyum dan hilai tawa nana hanya seketika semata-mata untuk mengaburi mata dan hati orang sekeliling nana. nana tak nak sesiapa pun tahu kesedihan nana. nana belum get ready to share everything to anybody. nana lebih selesa kalau simpan sendiri perasaan yang terpendam. kalau pun nana share, hanya cebisan sahaja. itu pun hanya kepada insan-insan terpilih. nana MEMILIH untuk mengadu kepada Allah. Allah sahaja yang nana boleh nana percaya hundred percent. sememangnya itu tak boleh disangkal. 

nanasangatsedihsaatni~andilovemyfamilysomuch!!!!
nana rahim anak mak dan ayah

Tuesday 23 October 2012

too much!!!!

assalammualaikum.

sebenarnya, entri kali nie nana nak luahkan perasaan yang terbuku. tapi nana tak sampai hati memikirkan hati orang yang akan nana mention dalam entri nana nie baca suatu ketika nanti. mesti yang berkenaan akan berkecil hati dan tersentap. sungguh nana tak sampai hati walaupun kadang-kadang hilang sabar. kata orang, biala orang buat kita janji kita tak usik orang lain. dan.. janganlah kita membelas perbuatan jahat orang lain sebab kalau kita membalas, samalah hati kita dengan dia. setuju tak?. 

YESSS ~ of course i wanna to share from a to z about that story. but i can't. she still my friend and i respect her as the others. i remind myself that she is a good person and someone who rarely ever stand by my side long time ago. we ever laugh and spend time together. i appreciate all of that moment. i know that no one is perfect. and i'm also an ordinary girl.

kesimpulannya, u tak nak hipokrit. that means jangan nak persoalkan orang lain like that ~ tolong jangan paksa saya jadi hipokrit.. terbaiklaa statement nie. sebab itula jugak yang saya nak cakap kat awak. ini diri saya. saya tak makan pedas, tak suka awak cakap sindir, nak touching awk tak nak tolong saya masa tu  and bla bla bla.. stopp!!!.. stop to blame me. stop to talking about me because i want you know that i'm not talking about you even i feel like you are too much (sbb saya hormat and taknak aibkan awk). 

thats all. kbai

nana rahim




Sunday 21 October 2012

i miss you ***


Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.
Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home... 

seriously, nana sangat rindukannya :
keluarga
sahabat-sahabat
ex  ... ??
cikgu-cikgu sekolah
zaman kanak-kanak
zaman sekolah
melarikan diri sesetiap kali time sukan
kena denda lari keliling padang sebab tak siap keje skolah
cerita kegemaran zaman kanan-kanak
makan burger tepi jalan
pakai tudung bebulat
makan curi-curi time cikgu ngajar
makan kenyang n then terus baring
menari sorang-sorang dalam bilik
nyanyi kuat-kuat dalam toilet
baca novel sampai tertonggeng-tonggeng n nanges teresak-esak
search banyak-banyak lagu n cute pictures then save
makan laju-laju dengan lahap bersama kawan-kawan
ketawa terbahak-bahak
bla bla bla
...
banyak lagi tapi tak tertaip dahhh
 thatsallyangnananaksharedenganuolls




Saturday 20 October 2012

buah tangan daripada rumet

hew hew hew.. assalammualaikum

versi kanak-kanak "pelat" (baru belajar bercakap dengan petah)
makk!!..ukenye ite apat ei-chen amba omo. umet ite aci adi. umet ite gi erak agi adi. niee..ite amik amba ei-chen ome. ite nak uat enangan..



my new roommate from kelantan, MOT student    ...     seorang yang gojes and jelitass. 
tadi pagi she go to the OUI (Orang Utan Island) dekat Perak. kenapakah??.. atas urusan yang tak berapa nak enak dipikirin. why??.. hello, tak yah nak soal banyak sangatlaa.
actually, my roommate pegi atas sebab praktikal, tu je. kfine..errrrr
my roommate that never forgot me, dengan baik hati belikan saya seekor domo yang cute. ehh!!.bapak besar domo nak angkut balik kolej. bukanlahh.. i mean, keychain yang ada gamba domo. so cute like me. o yeahhh. kalau tak setuju, sila melepaskan angin yang harum @ kentut..opsss

nanarahimpongojesjugakok...aptb..

nana rahim

double tension!!!!!

ya allah..lamanya tak update blog. bnyak benda nak diluahkan tp kebanyakannya dah basi. lama sangat tersimpan. takpelaa.. kita "KIV" dulu ok @_<

nak dipendekkan cerita, esok nana ada strategic management midterm. gerun jugak nana sebab dah last semester. nana kalau boleh nak buat yang terbaik untuk kali terakhir >InshaAllah< kalau diizinkan olehNya. tak maulaa ada yang sangkut peiperrrr @ "paper" or what so ever. that means, nana nak result yang "boom" untuk semester nie. tolong doakan nana ye (kepada yang membaca). nana punya tension dengan benda alah last minutes study sampai nak nanges tersedu-sedu. dahlaa gitu, ada pulak yang menambahkan lagi ke"tension"an nana. hurmm. bengang sangat-sangat-sangat. itu tak boleh, ini tak boleh. habis apa yang boleh???.. nak je rasanya nana tanya directly~ "ko kenapa beb?. apa masalah ko hah?" . tapi tak terluah. nana yang minta maaf lagi adalah. nana betul-betul tak fahamlah. asyik nak ikut sedap mulut dia je. dahlah panas baran. benda kecik pon jadi besar gedabak mengalahkan gajah betina bunting. nampaknya memang takde keserasian langsung dalam perhubungan KAMI. 

masuk bab keserasian nie, memang nana dah lama perasan. tapi nana cuba jugak untuk faham apa yang dia nak dan apa yang dia tak suka. tapi tu semua sia-sia kalau dia tak faham nana. asyik duk menyalahkan nana je. kata nana yang tak nak fahamla apa laaa~ bla bla bla. but the actual situation     ???????

kata orang kesabaran mampu melembutkan besi (ehh betul ke pepatah nana nie. bedal ajelahh). so, kita wait and see jelah yee. nanti nana akan sambung bercerita kalau ada kesempatan. 

nanataunanacomelsangatmacamsitinurhaliza. kbai

nana rahim



Monday 18 June 2012

blog kak atin

assalammualaikum
haa..niela blog kakak yang ex-student UUM tue, please click here yaa . alaaa, yang nana duk cerita kat entri sebelum nie. comel kan baby diorang?. bacalah kisah dan pengalaman kakak nie. gerenti melelehlaaa.
apa yang nana suka tentang kisah yang kak atin nie kongsikan
1) bercinta selepas nikah
2) layanan suaminya yang penuh kasih sayang. pssttt ; susah dah nak jumpa sekarang nie. manis jek. teruskan dengan memberi layanan yang sebegitu kepada kak atin ye encik aizat!!!..
3) salah satu gambar baby (anak kak atin dan abg aizat) yang mirip seseorang yang nana pernah sayangi dulu. ahaaa! siapakah??.
4) pengalaman bersalin yang menambahkan pengetahuan nana sekaligus memberi keinsafan kepada nana supaya lebih menghargai mak dan ayah nana. terima kasih kak.
5) blok yang tak dipenuhi dengan iklan semata. buat semak mata memandang je. nak membaca pon tak boleh nak fokus. tak suka!!
6) takde nak kecoh-kecoh cerita tentang orang sana dan orang sini. jugak tak keterlaluan dalam berkongsikan kisah hidup beliau. biasa-biasa aja. faham tak maksud nana??..haha. nana SS a.k.a Syok Sendiri  pulak.
oklaa..abes daa.. babai
nana rahim

Sunday 17 June 2012

serius sedih!!..

assalammualaikum
hai pembaca blog nana semua.hee.

pepetang yang hening nie, nana duk layan satu blog nie. kepunyaan seorang ex-student UUM tahun bila ntah. nana ta tau la pulak. banyak jugak entri beliau. jenuh nana nak click one by one tulisan kelabu disebelah kanan entri beliau. (alaa.tulisan yang naik colour bile kita sentuh pakai mouse tue)..and finally, nana berjaya menamatkan pembacaan untuk setiap entri  beliau. dari perkenalan dengan husband tercinta masa praktikal sampailah pengalaman bersalinkan anak pertama. yaAllah..serius sedih dan tragis bagi nana. 

part pengalaman bersalin yang giler banyak episod,nana membaca dengan linangan air mata. sebak toksah duk cakap. pernafasan nana pun tak ketahuan. dalam kepala ligat duk memikir dan imagine actual action through that story. MAKK!!. nana rasa nak berlari dapatkan mak nana dan cium puas2 dengan mintak ampun. ngeri nana membaca dengan terharunya. perngorbanan seorang ibu. bukan senang untuk melahirkan. sungguh nana rasa takut sekarang nie. terima kasih mak! kerana melahirkan nana. 

alhamdulillah. disebabkan entri kakak nie yang bertajuk "pengalaman bersalin....", menginsafkan nana. semangat untuk menelaah mula bertandang dalam diri nana. nana tak nak sia-siakan harapan mak dan ayah. nana doakan semoga akak berkenaan dan family bahagia keakhir hayat. nanti nana akan backlink kan blog akak nie ye. sebenarnya, nana baru je dapat url blog akak nie a.k.a ex-student UUM dari seorang sahabat semalam. thank you miss Shila!!!.. betul cakap shila, mesti nanges2 bila baca entri-entri pengalaman tu. mula membaca, nana kata dalam hati, tak sedih pun. tapi ampai part2 pengalaman bersalin. nana tak sedar air mata jatuh. sedih sangat. 

nana punya excited nak kenal kakak nie, sampai cari edentiti muka buku beliau dan add as friend. samala ngan husband beliau. pun nana p add as friend. anak diorang sugguh comel. baby boy.nanti nana akan buat satu entri khas untuk family nie sebab banyak yang nana suka dan tersentuh membacanya. dan ada gambar yang membuatkan nana terflash back kisah hidup nana dulu. oupss!.yang pasti nana akan cuba coret sebaik mungkin tanpa mementionedkan identiti yang terlibat dalam kisah hidup nana. yang menjadi tumpuan nana, kakak berkenaan dan suami tercintanya. peace!!!!

nana rahim punya coretan

Saturday 16 June 2012

ada nana kesah??..

assalammualaikum
hurmmm..lama betul rasanya nana tak meng"update" entri. bukan apa, sibuk dengan menelaah buku "management" yang tebal bebenor tue. nana nie, gap lama macammana pun, mesti nak "study last minutes". tak taula apa nak jadi ngan anak encik Rahim nie. hee. esok nak "exam", hari nie baru tertonggeng-tonggeng menelaah tak hirau makan minum dan mandi pakai. sampaikan nak terberak pon, kalau boleh nak tahan dulu..ishh!! tak senonoh la nana nie kan??..biarlah.ada aku kesah?. 

tapi, tertonggeng macammana pun, nana sangat pentingkan tidur. tidur mesti cukup. bagi nana, asalkan tidur cukup, otak nana boleh berfikir dengan waras dan lebih berhati-hati. dalam dewan, takdelah nak tersengguk-sengguk tak tentu hala. lagi satu, kalau tidur tak cukup nanti tak boleh nak fokus pada soalan. takdelah berlakunya 'sindrom' soalan esei dibuatnya dalam bentuk "multiple choice question".psttt: lain kehendak soalan, lain yang dijawab. kan3!!.kepala dah melelong, fikiran pon melayanglah. semua yang dilihat kabur dan tenggelam timbul.

****** 
oupss. suka nana nak kongsikan dengan pembaca. nana bakal dapat anak buah baru lagi empat bulan. baby boy jugak. jangan jeles yee. nana duk bayangkan muka anak buah nana yang lahir bulan lepas. baby boy. mesti ada iras nana kan. mak sedara yang cute dan baik hati. semestinya, anak-anak buah persis nana. betul tak?. sila iyakan!!!. kalau tak, tak nak kawan!. minggu depan nana balik kampung. tak sabarnya!!!..nak pelok cium baby boy yang comel.ehhh, mana nana tau yang baby boy tu comel?.mestilah. nana dapat rasakan. aura daripada nana terkena pada anak buah nana. mestilah comel.hee

 sekadar gambar hiasan

terima kasih sudi membaca coretan nana rahim yang biasa-biasa aje nie. ^_^