Labels

Friday 16 November 2012

salam Ma'al Hijrah

assalammualaikum semua

hari ini, 16/11 dan semalam tentunya 15/11/2012 bersamaan 1 muharam. alhamdulillah, nana bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dimuka bumi ini. alhamdulillah juga kerana nana berjaya untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari semalam a.k.a berpuasa. 0ppss maaf sekiranya ada yang merasakan nana over lebih nak mentioned kat public yang nana berpuasa tempoh hari. 

berbalik kepada tajuk utama, "salam Ma'al Hijrah". tahun baru menurut kalendar islam kali ini, nana tidak meletakkan azam yang banyak disebabkan habit nana yang tak berapa nak matang. Yee, nana dah masak dengan perangai under aged yang sebati dalam diri nana. azam kemain banyak, tapi yang terlaksana dan mencapai target hanyalah seperlima sahaja. sekaligus membuktikan siapa diri nana. jadi untuk kali ini, azam tahun baru nana hanyalah yang biasa-biasa dan inshaAllah mampu dicapai. 

apa yang tegar untuk tahun baru, seperti biasa yang nana tak pernah curang dengan colour pink. Ya!!! . nana suka sangat colour pink. kalau boleh semuanya nana nak pink. yeke??.. memanglah baju bajan nana tak banyak colour pink sebab adakalanya kurang sesuai dengan kulit nana yang tak berapa nak putihhh sangat ni. alhamdulilah nana masih sedar diri disitu. tetapi, kesetiaan nana terhadap pink memang tak boleh disangkal. buktinya, tengok kat atas meja study nana. majoriti pink dan of course, purse, phone housing, bag, shoes, pencil box dan...malah earphone pun colour pink. rasanya tak perlu terlebih over dan eksaited menyenaraikan secara detail barangan pink milik nana. menyampah pulak rasa. 

bersempena awal muharam ini, telah berlakunya jejak kasih. adik beradik angkat yang dah lost contact sekian lama hampir 6 tahun terjumpa kembali. lokasi didalam makmal komputer pada masa antara 6-7 petang. syukur alhamdulillah. 

perkara paling penting yang sering menjadi gangguan dalam hati dan minda nana tak lain tak bukan adalah FAMILY. kasih nana terhadap family semakin membuak. air dicincang tidak akan putus. sebak + sedih + nak meraung. semuanya bercampur aduk menjadi satu formula dalam fikiran nana. kadang-kadang bagaikan hidup akan datang akan kelam dan kosong tanpa family. apa yang menjadi ketakutan melampau dalam hidup nana apabila membayangkan kehidupan seorang diri terkontang kanting tanpa ahli keluarga. MashaAllah. betapa tuhan sahaja yang mengetahui betapa kecamuknya hati nana walaupun hanya membayangkan dan masih belum menghadapi. Astagfirullahhalazim.

nanarahim