Labels

Thursday 14 March 2013

tabiat buruk


tabiat buruk yang menyusahkan orang lain??..jom!! kita cuba ubah. Insha Allah kalau ada kesungguhan akan berjaya. hurmmmm, sentuh mengenai "tabiat buruk", ye nana sedar diri nana pon tak perfect dan tak de hak nak hukum orang lain. TAPI kalau bagi effect pada nana, mau tak hamun satu badan. kita nak cepat, boleh main-main. duk tangguh dari hari ke hari. kerja kalau bertangguh, makin bertambah nanti. dulu time belajar, nana pun suka tangguh kerja tapi takdelah sampai nak nyusahkan orang lain. paling-paling pun individual assignment je yang nana tangguh + siap jugak walaupun pada tarikh nak submit. bersengkang mata pun nana sanggup semata-mata last minutes dan siapkan jugak. group assignment??nana elakkan untuk tangguh menangguh nie. nana cukup faham macammana dapat part mengedit. mak aihhh, memang menguji kesabaran kalau tak dapat kerjasama yang lain. oleh itu, nana akan cuba siapkan part nana secepat yang mungkin supaya tak menyusahkan yang mengedit. sekian -peace~

copp!!, nana sayang sorang kakak nie. dari jabatan sumber manusia. baik orangnya dan sedang pregnant. nana mendaftar diri dengan kakak nielah. sangat berbudi bahasa. mudah-mudahan zuriat yang dikandungkan kakak berkenaan merupakan bakal anak yang soleh/solehah. amiin. 
moral of story
~ jangan suka bertangguh
~ ingatlah kita sebagai manusia tiada hak untuk menghukum orang lain. 
~ jauhi dosa free mendengar,mengiayakan dan turut serta dalam operasi umpat mengumpat dan caci memaki.
~ apa pun berlaku, sayanglah ibu ayah..keluarga.


Wednesday 13 March 2013

hari ini dalam genggaman???

alhamdulillah, 
sebulan lebih sudah nana berpraktikal disini. fun dan semakin fasih dengan suasana kerja disini. 
huhh, kekok pulak nana rasa nak mengupdate entri. dah lama tak duk ngadap benda alah nieh.

dalam duk sibuk fasihkan diri dngan keadaan kat sini, nana amik tau jugaklah isu semasa. takziah nana ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam operasi di Lahad Datu. semoga roh mereka dicucuri rahmat. amiin

apa yang nana sangat risaukan adalah keselamatan negara kita Malaysia sekarang nie. kadang-kadang nana rasa Malaysia dah tak aman walaupun luarannya nampak ok tetapi dalamannya, hanya pihak-pihak/individu yang tertentu je mengetahui keadaan sebenar. nana tak tau samada maklumat yang diperolehi sahih atau tak. 
apa pun, marilah kita (rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama) sama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia. insha Allah.

........................................................................................................................................................

pencarian yang belum berakhir

nana masih berharap hingga kini untuk berjumpa dengan individu yang pernah bersama-sama ketika susah dan senang dengan nana suatu ketika dulu. yang hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. dimana silapnya, nana kurang pasti. mungkin banyaknya dari diri nana sendiri. setahun lebih nana mencari, tapi semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil. kadang-kadang nana putus asa dan berserah kepada takdir Allah. sesungguhnya nana hanya membohongi orang sekeliling sekiranya nana mengatakan nana telah melupakannya. tak mungkin nana akan terus melupakannya, tak mungkinnn...
inshaAllah kalau diizinkan Allah, kami akan berjumpa suatu hari nanti.
mudah-mudahan.

.............................................................................................................................................................

wasiat nana
apa pun yang mungkin berlaku akan datang semuanya ketentuanNya yang maha Kuasa. 
coretan di blog nie akan menjadi sebuah kisah/kenangan kepada yang mengenali nana sekiranya terjadi apa-apa kepada nana kemudian hari terutama ahli keluarga dan rakan-rakan nana.

jodoh pertemuan dan ajal maut ditangan tuhan.