Labels

Saturday 5 January 2013

Pertautan

Pertautan antara kita.

Saat ini, minit ini, jam ini dan hari ini,
Aku sangat menanggung kerinduan terhadapmu,
Mungkinkah masih ada hari esok seperti hari ini,
Ingin sekali aku tawan detik-detikmu.

Agar setiap detik kita semua bisa bersama,
Buat selamanya tanpa sebarang halangan,
Ya!. sungguh banyak halangan untuk kita semua bersama,
Seperti ada yang meracuni, merancangkan pelbagai halangan.

Itulah pentas kehidupan kita,
Yang tidak diketahui penghujungnya...???

untuk menyesali?..jauh sekali. kerana diri ini yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah sebaliknya. untuk berdendam?..inshaAllah, akan diri ini cuba usir sejauh yang mungkin. kerana kasihnya diri ini pada semua. tak terkecuali ahli baru. diri ini sangat menyayangi semua. apa yang termampu, hanya doa sebagai senjata terakhir untuk kita semua bersatu akhirnya.

p/s: seriously nana tak pandai berpuisi bagai, harap maaf sekiranya menjengkelkan anda yang membaca. apa yang nana cuba sampaikan merupakan luahan hati yang tak terungkap dengan kata-kata. 

nana-rahim