Labels

Saturday 3 November 2012

lelaki pertama

suatu ketika dulu, nana pernah diminati secara diam oleh seorang lelaki. dialah pertama yang berani meluahkan isi hati kepada nana. akhirnya kami terpisah tanpa sempat menjalin apa-apa hubungan istimewa. beberapa ketika selepas itu, nana didatangi seorang perempuan merangkap sahabat nana. katanya, si lelaki semakin kacak, tinggi lampai, putih melepak, famous, dan wahhh. nana kurang pasti apakah motifnya. yang jelas, semuanya menunjukkan ketidakpadanan nana dengan si lelaki berkenaan. maksud tersirat sebalik penceritaan yang tak dipinta oleh nana menunjukkan yang nana TAK SESUAI LANGSUNG dengan si lelaki. dan haruslah perempuan yang bercerita kepada nana meminati si lelaki. kisah ini sudah lama berlalu. tapi masih segar dalam ingatan nana. 

tak terungkap oleh nana dengan kata-kata. jauh sekali berterima kasih kerana menyedarkan siapa diri nana. budak kampung yang masih berhingus barangkali pada pandangannya. meski nana SENTAP, nana tak mahu cepat melatah. suka nana tegaskan, nana langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan melainkan hanya menganggap si lelaki hanya kawan lelaki biasa, tiada yang istimewa. hati nana kuat mengatakan si perempuan menyukai si lelaki dalam diam. pada ketika yang mana nana didatangi si perempuan, hati nana melonjak untuk melepaskan amarah. betapa sekiranya anda meminatinya, tak perlu menyakiti hati yang lain. hati nana sedikit terguris kerana penceritaan yang secara tak langsung merendahkan nana. nana berbangga dengan diri sendiri. masih dapat bersabar dengan kerenah manusia yang mementingkan kegembiraan dan kepuasan hati sendiri. 

beberapa minit yang lalu, excited untuk dikongsikan dengan pembaca. nana terjumpa mukabuku milik si lelaki. jemari pantas menggerakkan mouse untuk menjejak perempuan yang bertahta dihati si lelaki. hasilnya, nana mendapati bukanlah si perempuan yang mendatangi nana suatu ketika dahulu berada dihati si lelaki. si lelaki bukanlah ditakdirkan dengan si perempuan. NAH!!, rupanya yang beriya-iya hanyalah bertepuk sebelah tangan. inilah dikatakan hukum karma mungkin. apa yang tidak dapat disangkal oleh nana... YA memang betul apa yang dikatakan si perempuan 6 tahun yang lalu kepada nana. tersangat tidak padan si lelaki dengan diri nana. Alhamdulillah. nana masih diri nana. semoga si lelaki berbahagia bersama orang yang disayangi. ameenn.

nana hanyalah seorang gadis kampung yang masih berpakaian kolot pada pandangan sesetengah individu. berbaju kurung dengan tudung bawal simple serta berkasut tutup. itulah pemakain rutin ke kelas dengan alasan pemakaian formal sahaja dibenarkan semasa kuliah. dengan rasa penuh kehinaan, nana berserah sepenuhnya kepada yang ESA. sekurangnya, nana masih seorang gadis yang mampu mempertahankan maruah diri, keluarga , agama dan bangsa. nana sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mendekatkan diri dengan yang maha esa. ALHAMDULILLAH