Labels

Sunday 4 November 2012

single but not available

assalammualaikum semua

suka pulak hati kitew. 
korang biasa tak dengan perkataan nie "single but not available". suka nana untuk menterjemahkannya. single (masih belum berkahwin) but not available (sudah berpunya samada sudah bertunang/ masih bercinta / sudah mempunyai pilihan hati). tak kira perempuan atau lelaki, suka menggunakan ayat tersebut apabila ada yang bertanyakan status diri . tak percaya??. kat pesbuk contohnya, status diri seringkali berubah. apabila dari complicated / married/ engage/ in an open relationship  kepada single. pasti ada yang bertanya diruang komen untuk kepastian. terutama bagi yang berlainan jantina. nahh!, apa jawapan lazim diberikan oleh empunya diri yang mengubah status relationship?. cubit pipi jawab sendiri. hehe.

nana seringkali terbaca status update yang sebegini. antara jawapan yang nana sering jumpa. simple je. "dimulai dengan gelak. single but not available" .. see!! . kan betul. empat perkataan yang pemes untuk jawapan yang simple. kemudian barulah nak explain more detail about that status. maka keluarlah jawapan-jawapan yang adakalanya, positif dan adakalanya negatif. kita yang membaca boleh menilai sendiri.

ada juga kes yang mana siempunya diri sudahpun mendirikan rumahtangga. TETAPI, dengan bangganya menggunakan empat perkataan pemes yang nana jelaskan diatas. apa cerrr???.. ohh mungkin ini maksudnya bagi yang sudah berkahwin pula. versi lelaki : single (masih ada kuota. that means, baru ada a wife. so boleh kahwin lagi tiga orang) but not available (tak sampai hati nak guriskan perasaan isteri sekiranya berhubungan secara terangan).. ahaa versi perempuan pulak?. begini kot . single ( sudah berkahwin tetapi suami tak romantik, asyik gaduh laki bini , bukan orang yang dicintai or something like that) but not available ( kalau ada yang berkenan, berkemungkinan besar berlaku kecurangan ataupun dah get ready tuntut fasakh. nauzubillah)..

opss, ini dari sudut pandangan peribadi nana. korang semua mungkin berbeza dengan apa yang nana fikirkan. apa-apa pun, layannnnnn~

p/s : suka nana untuk menterjemahkannya. menunjukkan bahawa semua yang tercoret diatas adalah pandangan nana sahaja. kalau ada yang tidak berpuas hati/ touching dengan mana-mana statement nana kat entri merangkap blog nana ni, ampun dan maaf nana pohonkan. 

nana insan biasa. tidak sempurna dan ada kekurangan.