Labels

Wednesday 31 October 2012

oh blogwalking

hai, assalammualaikum

apa itu blog walking??..
setakat yang nana faham, blogwalking adalah aktiviti yang mana blogger-blogger mengunjungi blog orang lain untuk menambah bilangan follower dengan cara meninggalkan jejak seperti backlink (url) diruangan komen entri ataupun shoutbox. lazimnya blogger akan meninggalkan perkataan seperti "jemput follow kembali" ataupun "saya dah follow. sila follow kembali" diruangan shoutbox blog yang dilawatinya. ada jugak yang memberi komen di latest entry blog dan meninggalkan url mereka dengan harapan pemilik blog yang dikunjungi akan melawat kembali. tetapi tidak kesemua yang membuat blogwalking adalah bertujuan menambah bilangan follower. ada yang sekadar mengisi masa lapang, menambah pengetahuan dan perniagaan.dalam erti kata lain blogwalking  adalah jalan-jalan dalam dunia blog. blogwalking tidak semestinya mesti ada blog. boleh juga melalui akaun google, twitter dan yahoo. that means, yang takde blog pon boleh membuat blogwalking

nah,bermacam cara kita boleh membuat blogwalking. antaranya:

1) korang boleh join blog nie http://jomblogwalking.blogspot.com/ dan tinggalkan korang punya url sebagai tanda korang juga mengalukan kunjungan daripada blogger lain.

2) nak senang,korang klik je kat Next Blog» seperti contoh dibawah. kalau korang ada buka blog sendiri atau hanya membaca blog orang lain, tengok ruangan atas sekali (macam contoh dibawah).korang cuma klik je perkataan "next blog". automatik je google akan sajikan korang dengan blog lain yang dicadangkan (blog/post yang dishare or dicadangkan kepada google oleh pemilik blog sendiri atau orang lain yang tolong cadang kepada google) . oppss part nie susah sikit nana nak explain.nanti ada masa nana explain ye. 


 More  Next Blog»


3) boleh jugak kalau korang taip je pape perkataan / keyword untuk sebarang maklumat/ info yang korang nak search then,keluar banyak contohnya "datang bulan". akan keluar senarai seperti dibawah dengan perkataan "datang bulan"diboldkan. ini secara tidak langsung boleh membuat blogwalking.


  1. Hanif Bin Idrus Blog: Bila Pengantin Baru Datang Bulan

    hanifidrus.blogspot.com/.../bila-pengantin-b... - Translate this page

    1 Jun 2012 – Ini ada satu kisah satu pompuan ini minggu lepas baru nikah..tah macam mana masa malam nak akad nikah tu dia datang bulan...pehhhh!
    You visited this page on 10/28/12.
  2. Cerita tentang A.K.U: Hani dan Persoalan Datang Bulan

    semuaaku.blogspot.com/.../hani-dan-persoal... - Translate this page
    12 Jul 2012 – Sungguh, walaupun period / datang haid / datang bulan ... satu perkara yang alami dan sebenarnya semua orang tahu, saya masih malu untuk ...
    You visited this page on 10/28/12.
  3. Miss Qistina Sumaiya: Apabila Perempuan Datang Haid

    qistinasumaiya.blogspot.com/.../apabila-per... - Translate this pageShare
    11 Ogos 2012 – Namun dia kena terima hakikat bahawa setiap wanita mesti akandatang haid. Perutnya rasa keras dan tak selesa. Bahagian belakangnya ...


4) lagi-lagi-lagi mudah, tengok kat ruangan cadangan pembacaan oleh blog yang telah dikunjungi. contohnya, korang lawat blog dena bahrin (antara top blogger). tengok kat awesome-ness. korang boleh pilih blog mana yang korang nak lawat seterusnya.

~jom blogwalking dan selamat mencuba~

hehe..ini cuma pendapat nana. maaf kalau langsung tak sama dengan pemahaman korang. penambahan maklumat/ pembetulan sangat dialukan.sekian dari -nana rahim-.

loveuall...mmuahh



Tuesday 30 October 2012

sajian pagi daripada nana

assalammualaikum
selamat pagi


NAHH!!!..breakfast dari nana untuk korang..ehee



lepas breakfast, jom relak santai dengan sajian dibawah

alamak!!..sedar tak sedar kita tergolong dalam golongan diatas??..masih sempat untuk bertaubat.


opssss..menu untuk kaum hawa!!

walau pun nana tak seayu dena bahrin, tak sejelita hanis zalikha, dan tak sefamous maria elena...tetapi,nana tetap bersyukur dengan apa yang nana miliki..i'm proud to be a daugther ,a girl and muslimah. peace!!



~nobody is perfect~



so,please please and please to stop blaming others..look at yourself first before condemn them. give them a chance sebab kadangkala mereka yang pernah melakukan kejahatan mungkin lebih baik dari kita satu hari nanti dan TIDAK MUSTAHIL kita pula yang mengambil alih tmpat dia satu hari nanti. nauzubillah. point nana here is janganlah menghukum orang yang dah bertaubat kerana kesalahannya yang lepas. kita siapa untuk menghukum sedangkan kita juga pernah melakukan dan sentiasa melakukan kesalahan sedar atau tidak..itulah hakikat manusia.tak lari dari melakukan kesalahan. 

so,i'm begging you all to...



ambil masa 1 minit,  muhasabah diri. inshaAllah kita akan diberi hidayah olehNya kalau betul-betul menghayati kata-kata diatas. nana pernah terbaca, antara makanan kerohanian yang bagus adalah kata-kata yang boleh memuhasabahkan diri kejalan diredhai. Wallahhuallam.

coretan nana rahim




Monday 29 October 2012

kering gusi

hai assalammualaikum

sila baca petikan dibawah dan terima kasih atas kerjasama anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak sekarang bukan mcm aku masa kecil-kecil dulu. Untuk setiap soalan atau statement yang kita beri, ada saja jawapan dari mereka kan. Kadang-kadang tak terfikir pula kita ni sampai begitu sekali. Sometimes jawapan mereka buat kita rasa kelakar, marah dan sedih pun ada...

1. Perbualan dalam kereta - gara-gara Iman tak dengar kata. Sbb apa, tak boleh recall pula. 

Mama : Iman, kamu faham tak apa mama cakap? 
Iman   : Tak .. kalau mama cakap Tamil baru saya faham.
Mama : Oo kamu pandai cakap tamil ye. Cuba cakap sikit, mama nak dengar.
Iman   : Mulut saya ada makanan. Mama kan pesan jangan bercakap kalau mulut  penuh ...

Haaa menjawab, menjawab. Bengang kan dengar?


2. Perbualan di meja makan.

Mama : Hani, biji buah plum tu jangan kulum. Nanti tertelan.. tumbuh pokok dalam perut kamu baru tahu.
Hani   : Ala, dalam perut saya mana ada tanah. Mama kata nak tanam pokok kena ada tanah kan.

Cis... (beberapa lama selepas itu..)

Hani    : Mama, hari tu kan, kat rumah nenek, saya telan biji limau.
Mama  : Oo dah tumbuh pokok la dalam perut kamu?
Hani    : Err (sambil gosok perut) biji tu masih benih dalam perut saya ni.

Menjawab lagi... ada saja jawapannya kan..  Sila perhatikan perkataan masih tu ya. Hani bercakap guna ayat surat kan.. :p


3. Perbualan dalam bilik

Hani : Mama selalu cakap mama sayang saya, tapi kenapa mama selalu marah saya?

Mama tak terkata apa. Hai kepala... cepat berfikir! Cik Hani dalam mood sedih tu...

Mama : (sambil gosok belakang badan dia.) Mama sayang anak mama ni.. Tapi, kalau anak mama tak dengar cakap mama, mestilah mama marah.. Sapa kata mama tak sayang Hani. Mama sayang semua anak mama ... 


Alahai.. sedih la pula!


*****************************************************************************************************************************************************************


nie baru sikit. tapi nana dah terguling-guling dan terkekeh-kekeh gelak membaca entri blog nie. keletah kanak-kanak yang sangat kelakar bagi nana. so sweet akak nie melayan kerenah anak-anak bersama suami tercinta. nana doakan semoga mereka bahagia berkekalan. DAN tujuan nana share petikan diatas yang nana copy and paste adalah sebagai cadangan kepada yang suka membuat blog walking supaya menjelajah ke blog tuan punya cerita diatas.hehe. especially kepada cik Ruby yang setia mengikuti latest post from nana. i lap u dalink. 

pesanan dari nana: jngn smpai terguling-guling pulak membaca sebab banyak lagi yang lebih menggelikan hati kat blog akak nie. selamat menghilangkan kebosanan time cuti -keletah kanak-kanak yang ch0mellL

nana rahim




Thursday 25 October 2012

sayunya hati ini

yaAllah, engkau tabahkanlah hati hambamu ini, kuatkan dan cekalkanlah hambamu ini dalam menempuh segala ujianmu yaAllah.. Amin ya Rabb.

assalammualaikum
esok dah nak raya. tadi sedang nana leka membaca status update my facebook's friends, nana terbaca status seorang sahabat lama (form six dulu). dia pun tak balik berhari raya dan meluahkan perasaannya yang sedih.agak panjang jugak luahannya. nana tersentuh. sebab nana jugak berada dalam situasi yang sama dengan dia. semalam 

semasa menjaga lab petro
4 orang junior : hai kak, bila balik?
nana : kak tak balik dik. korang semua balik bila?
4 orang junior : kami balik kejap lagi kak. tiket 11 malam.
nana : ooo (dalam hati dah menahan air mata dari mengalir). hati- hati ye. smpaikan salam akak kat family semua.

on the way nak balik bilik
2 girls : hai kak ina, tak balik ke?
nana : tak sayang. nak duk sini. sayang UUM. (padahal hati dah sentap habis)
2 girls : akak nie. boleh pulak. orang semua nak balik beraya ngan family la kak.
nana : takpela. ehh, balik hati- hati tau. sayang u olls.
2 girls : ok kak. kami pegi dulu. babai

pagi tadi kat DPP EON
seorang staf : ehh, awak tak balik kampung ke?
nana : tak encik.
seorang staf : laa. kenapa?. awak tak kesian kat mak awak ke?
nana : hanya tersenyum ( pipi nana dah rasa panas nak nagis, tapi nana tetap tahan)
seorang staf : kalau awak tak balik, nanti pegila kat pusat islam. ada buat Qurban untuk students yang tak balik. esok kalau tak silap saya.
nana : oo yeke. inshaAllah encik
seorang staf : senyum sambil berlalu

kat bilik nak p toilet
mak cik : dik, tak balik ka?
nana : ehh, mak cik . saya tak balik. mak cik keje lagi ke esok (soalan tak berapa nak matang)
mak cik : nak ngeja apanya dik oii. esok nak raya.
nana : ehh, haah. lupa pulak
mak cik : dik pasai pa tak balik kampung?. asai orang mana?
nana : saje mak cik nak rasa raya kat tmpat orang. saya asal pahang
mak cik : la..tu aaa? (slang kedah).
nana : senyum
mak cik : maila p jalan umah mak cik. ajak kawan-kawan. duk kat sini hampa tak sedih ka esok nak dengaq takbir.
nana : senyum (nana semakin sebak. dari tadi duk menahan perasaan). takpe la mak cik. terima kasih.

nana sedih, rasa sayu. teringat kat adik-adik, ayah, family semua.... nana tak sanggup dah. air mata nana dah kering asyik nangis setiap hari. mata nana  dah mula bengkak. nana takde tenaga. nana takde kekuatan ... nana dah tak tau nak buat apa. apa pun yang nana buat mesti mengingatkan nana kepada kampung. nana nangis, nangis, dan nangis. tapi nana puas setiap kali lepas nangis. puas sampai tertidur. itulah rutin nana. nana tak kisah nangis sekuat hati. sebab takde sape pun yang mendengar...

nana~sangat~sedih --nana rahim--

Wednesday 24 October 2012

yes i am !_!

i am a girl who has a heart and feelings like the other human. ~Assalammualaikum ~

hati mana yang tak sedih bila terkenangkan family yang berjauhan disaat hari mulia.YES, nana sangat terkedu. beberapa hari lagi, raya Qurban akan disambut oleh umat islam. sebagai muslimah, nana sekeluarga turut menyambutnya setiap tahun walaupun ala kadar dan tak semeriah raya puasa. for the first time, nana tak pulang ke kampung berhari raya. bagi yang pernah merasainya pasti akan memahami perasaan nana ketika ini. kalau ikutkan hati, nana nak meraung sekuat hati ... menangis semahunya. tapi nana cuba untuk bersabar. nana kuatkan hati. nana set dalam minda, ada orang yang nasibnya lebih teruk dari nana, lebih sedih dari nana, lebih tragis dari nana. apa yang nana lalui sekarang hanyalah lima percent. samaada korang percaya ataupun tak, nana menaip entri nie dengan linangan air mata. nana tak kisah kalau korang nak cakap nana cengeng, touching lebih or "itu pun nak mentioned kat public ke?".. nana tak kisah u olls. hakikatnya hati nana memberontak nak balik rumah. hati nana akan terubat bila dapat melihat kegembiraan dan kemeriahan keluarga nana. nana mengaku, nana bukanlah seorang anak yang taat, seorang adik yang boleh diharapkan serta seorang kakak yang sempurna. but, at least nana try to do something good very well for them (my beloved family). nana nak bahagiakan keluarga nana, senangkan mereka ... 

nana ambil keputusan untuk stay here walaupun hati nana membangkang hundred percent. nana ketepikan perasaan nana sendiri. nana selfish. nana ego. nana nak tunjuk lagak. nana keras kepala. nana hati batu. macam -macam lagi panggilan buruk sesuai dengan nana. nana jelek dengan diri sendiri. nana seksa diri sendiri. nana puas dapat nangis setiap malam sebelum tidur. nana puas seksa perut nana dengan berlapar. nana puas berlagak happy walhal sebaliknya. senyum dan hilai tawa nana hanya seketika semata-mata untuk mengaburi mata dan hati orang sekeliling nana. nana tak nak sesiapa pun tahu kesedihan nana. nana belum get ready to share everything to anybody. nana lebih selesa kalau simpan sendiri perasaan yang terpendam. kalau pun nana share, hanya cebisan sahaja. itu pun hanya kepada insan-insan terpilih. nana MEMILIH untuk mengadu kepada Allah. Allah sahaja yang nana boleh nana percaya hundred percent. sememangnya itu tak boleh disangkal. 

nanasangatsedihsaatni~andilovemyfamilysomuch!!!!
nana rahim anak mak dan ayah

Tuesday 23 October 2012

too much!!!!

assalammualaikum.

sebenarnya, entri kali nie nana nak luahkan perasaan yang terbuku. tapi nana tak sampai hati memikirkan hati orang yang akan nana mention dalam entri nana nie baca suatu ketika nanti. mesti yang berkenaan akan berkecil hati dan tersentap. sungguh nana tak sampai hati walaupun kadang-kadang hilang sabar. kata orang, biala orang buat kita janji kita tak usik orang lain. dan.. janganlah kita membelas perbuatan jahat orang lain sebab kalau kita membalas, samalah hati kita dengan dia. setuju tak?. 

YESSS ~ of course i wanna to share from a to z about that story. but i can't. she still my friend and i respect her as the others. i remind myself that she is a good person and someone who rarely ever stand by my side long time ago. we ever laugh and spend time together. i appreciate all of that moment. i know that no one is perfect. and i'm also an ordinary girl.

kesimpulannya, u tak nak hipokrit. that means jangan nak persoalkan orang lain like that ~ tolong jangan paksa saya jadi hipokrit.. terbaiklaa statement nie. sebab itula jugak yang saya nak cakap kat awak. ini diri saya. saya tak makan pedas, tak suka awak cakap sindir, nak touching awk tak nak tolong saya masa tu  and bla bla bla.. stopp!!!.. stop to blame me. stop to talking about me because i want you know that i'm not talking about you even i feel like you are too much (sbb saya hormat and taknak aibkan awk). 

thats all. kbai

nana rahim




Sunday 21 October 2012

i miss you ***


Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone.
Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home...
Please come back home... 

seriously, nana sangat rindukannya :
keluarga
sahabat-sahabat
ex  ... ??
cikgu-cikgu sekolah
zaman kanak-kanak
zaman sekolah
melarikan diri sesetiap kali time sukan
kena denda lari keliling padang sebab tak siap keje skolah
cerita kegemaran zaman kanan-kanak
makan burger tepi jalan
pakai tudung bebulat
makan curi-curi time cikgu ngajar
makan kenyang n then terus baring
menari sorang-sorang dalam bilik
nyanyi kuat-kuat dalam toilet
baca novel sampai tertonggeng-tonggeng n nanges teresak-esak
search banyak-banyak lagu n cute pictures then save
makan laju-laju dengan lahap bersama kawan-kawan
ketawa terbahak-bahak
bla bla bla
...
banyak lagi tapi tak tertaip dahhh
 thatsallyangnananaksharedenganuolls




Saturday 20 October 2012

buah tangan daripada rumet

hew hew hew.. assalammualaikum

versi kanak-kanak "pelat" (baru belajar bercakap dengan petah)
makk!!..ukenye ite apat ei-chen amba omo. umet ite aci adi. umet ite gi erak agi adi. niee..ite amik amba ei-chen ome. ite nak uat enangan..



my new roommate from kelantan, MOT student    ...     seorang yang gojes and jelitass. 
tadi pagi she go to the OUI (Orang Utan Island) dekat Perak. kenapakah??.. atas urusan yang tak berapa nak enak dipikirin. why??.. hello, tak yah nak soal banyak sangatlaa.
actually, my roommate pegi atas sebab praktikal, tu je. kfine..errrrr
my roommate that never forgot me, dengan baik hati belikan saya seekor domo yang cute. ehh!!.bapak besar domo nak angkut balik kolej. bukanlahh.. i mean, keychain yang ada gamba domo. so cute like me. o yeahhh. kalau tak setuju, sila melepaskan angin yang harum @ kentut..opsss

nanarahimpongojesjugakok...aptb..

nana rahim

double tension!!!!!

ya allah..lamanya tak update blog. bnyak benda nak diluahkan tp kebanyakannya dah basi. lama sangat tersimpan. takpelaa.. kita "KIV" dulu ok @_<

nak dipendekkan cerita, esok nana ada strategic management midterm. gerun jugak nana sebab dah last semester. nana kalau boleh nak buat yang terbaik untuk kali terakhir >InshaAllah< kalau diizinkan olehNya. tak maulaa ada yang sangkut peiperrrr @ "paper" or what so ever. that means, nana nak result yang "boom" untuk semester nie. tolong doakan nana ye (kepada yang membaca). nana punya tension dengan benda alah last minutes study sampai nak nanges tersedu-sedu. dahlaa gitu, ada pulak yang menambahkan lagi ke"tension"an nana. hurmm. bengang sangat-sangat-sangat. itu tak boleh, ini tak boleh. habis apa yang boleh???.. nak je rasanya nana tanya directly~ "ko kenapa beb?. apa masalah ko hah?" . tapi tak terluah. nana yang minta maaf lagi adalah. nana betul-betul tak fahamlah. asyik nak ikut sedap mulut dia je. dahlah panas baran. benda kecik pon jadi besar gedabak mengalahkan gajah betina bunting. nampaknya memang takde keserasian langsung dalam perhubungan KAMI. 

masuk bab keserasian nie, memang nana dah lama perasan. tapi nana cuba jugak untuk faham apa yang dia nak dan apa yang dia tak suka. tapi tu semua sia-sia kalau dia tak faham nana. asyik duk menyalahkan nana je. kata nana yang tak nak fahamla apa laaa~ bla bla bla. but the actual situation     ???????

kata orang kesabaran mampu melembutkan besi (ehh betul ke pepatah nana nie. bedal ajelahh). so, kita wait and see jelah yee. nanti nana akan sambung bercerita kalau ada kesempatan. 

nanataunanacomelsangatmacamsitinurhaliza. kbai

nana rahim