Labels

Wednesday 14 November 2012

zaman muda remaja


assalammualaikum dan hai korang semua
firstly bebanyak terima kasih nana ucapkan kerana sudi meluangkan masa, meringankan jari jemari search blog nana dan men"scroll down" untuk membaca latest entri dari nana. terharu sesangat nana. tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata (ceewahh. perasan giler nana kan. macamla die tu retis orang terhegeh-hegeh nak amik tau.). pape pon nana harap korang tak muntah hijau dengan keperasanan nana yang telah disengajakan dipermulaan entri. uhuuu. sebagai mukadimah apa salahnya kan. (senyum gedik).

well, nana merajinkan jari jemari nana malam nie untuk meng-hupdate entri. tujuan utama untuk perkongsian semata. betoll!!.. tak tipu pon. mai nengok sat gambaq yang nana upload nieh. haa percaya tak kalau nana kata, macam niela rupa nana masa kecik-kecik d0luuu. rambut kerinting kalah meggie. 



kisah disebalik rambut kerinting milik nana. 
dalam family nana, takde sorang pon girl yang rambut kerinting termasuk mak. ditakdirkan nana sorang je yang rambut kerinting. pengalaman nana berambut kerinting sampailah umur nana menginjak 5 tahun. ehhh, sampai umur 5 tahun jek?. yess!!!. mak nana punya eksaited bagai dapat sorang anak pompuan berambut kerinting, hampir setiap hari duk gunting rambut nana. konon nak menjaga. alih-alih makin hari semakin lurus jadinya rambut nana. eheeee.. orang yang paling gumbira??..of coursela NANA. haha. mak punya frust bila tengok rambut nana lurus. bak kata pepatah, nasi dah jadik bubur. nak buat macam mana kan.
 seriously nana tak suka rambut nana kerinting. tapi suka tengok rambut orang lain kerinting..hurmmm ada-ada je nana nie kan.
... dan disebabkan rambut kerinting nana nielaa (merujuk kepada gambar), nana telah membuang sekeping gambar nana semasa tabika sekolah. har har. kenapa ntah nana memang fobia dengan rambut nana sendiri. mungkin disebabkan lain dari yang lain dan pernah ditegur oleh seorang pak cik dalam kampung nana. katanya, nana nie anak orang lain sebab tak sama dengan adik beradik yang lain..waaaaaaa. tak suka statement pak cik berkenaan. nana benci!!!!!. 

tapi sekarang rambut nana tak kerinting lagi. hilang sudah keresahan nana zaman memuda doluuu. ahaaaa. 

...and then, cuba korang pejam mata. ingat semula lukisan pertama yang korang lukis. lukisan pertama nana adalah bunga yang comel macam nana . oppsss. berkelopak lima. hehe. mak nana yang ajar. YUppp!!. mak nana ajar nana masa sekolah tabika. means, nana 5 years time tuhh. nana lukis banyak sangat bila dah pandai kat atas kertas lukisan. sweet sangat bila ingat semula. masa tengah pandai dan baru belajar melukis menjadi sebuah peristiwa dalam hidup nana. dan sekarang menjadi sebuah kenangan dalam hidup nana. yang akan nana ingat sampai ke-tua.