Labels

Wednesday 31 October 2012

oh blogwalking

hai, assalammualaikum

apa itu blog walking??..
setakat yang nana faham, blogwalking adalah aktiviti yang mana blogger-blogger mengunjungi blog orang lain untuk menambah bilangan follower dengan cara meninggalkan jejak seperti backlink (url) diruangan komen entri ataupun shoutbox. lazimnya blogger akan meninggalkan perkataan seperti "jemput follow kembali" ataupun "saya dah follow. sila follow kembali" diruangan shoutbox blog yang dilawatinya. ada jugak yang memberi komen di latest entry blog dan meninggalkan url mereka dengan harapan pemilik blog yang dikunjungi akan melawat kembali. tetapi tidak kesemua yang membuat blogwalking adalah bertujuan menambah bilangan follower. ada yang sekadar mengisi masa lapang, menambah pengetahuan dan perniagaan.dalam erti kata lain blogwalking  adalah jalan-jalan dalam dunia blog. blogwalking tidak semestinya mesti ada blog. boleh juga melalui akaun google, twitter dan yahoo. that means, yang takde blog pon boleh membuat blogwalking

nah,bermacam cara kita boleh membuat blogwalking. antaranya:

1) korang boleh join blog nie http://jomblogwalking.blogspot.com/ dan tinggalkan korang punya url sebagai tanda korang juga mengalukan kunjungan daripada blogger lain.

2) nak senang,korang klik je kat Next Blog» seperti contoh dibawah. kalau korang ada buka blog sendiri atau hanya membaca blog orang lain, tengok ruangan atas sekali (macam contoh dibawah).korang cuma klik je perkataan "next blog". automatik je google akan sajikan korang dengan blog lain yang dicadangkan (blog/post yang dishare or dicadangkan kepada google oleh pemilik blog sendiri atau orang lain yang tolong cadang kepada google) . oppss part nie susah sikit nana nak explain.nanti ada masa nana explain ye. 


 More  Next Blog»


3) boleh jugak kalau korang taip je pape perkataan / keyword untuk sebarang maklumat/ info yang korang nak search then,keluar banyak contohnya "datang bulan". akan keluar senarai seperti dibawah dengan perkataan "datang bulan"diboldkan. ini secara tidak langsung boleh membuat blogwalking.


  1. Hanif Bin Idrus Blog: Bila Pengantin Baru Datang Bulan

    hanifidrus.blogspot.com/.../bila-pengantin-b... - Translate this page

    1 Jun 2012 – Ini ada satu kisah satu pompuan ini minggu lepas baru nikah..tah macam mana masa malam nak akad nikah tu dia datang bulan...pehhhh!
    You visited this page on 10/28/12.
  2. Cerita tentang A.K.U: Hani dan Persoalan Datang Bulan

    semuaaku.blogspot.com/.../hani-dan-persoal... - Translate this page
    12 Jul 2012 – Sungguh, walaupun period / datang haid / datang bulan ... satu perkara yang alami dan sebenarnya semua orang tahu, saya masih malu untuk ...
    You visited this page on 10/28/12.
  3. Miss Qistina Sumaiya: Apabila Perempuan Datang Haid

    qistinasumaiya.blogspot.com/.../apabila-per... - Translate this pageShare
    11 Ogos 2012 – Namun dia kena terima hakikat bahawa setiap wanita mesti akandatang haid. Perutnya rasa keras dan tak selesa. Bahagian belakangnya ...


4) lagi-lagi-lagi mudah, tengok kat ruangan cadangan pembacaan oleh blog yang telah dikunjungi. contohnya, korang lawat blog dena bahrin (antara top blogger). tengok kat awesome-ness. korang boleh pilih blog mana yang korang nak lawat seterusnya.

~jom blogwalking dan selamat mencuba~

hehe..ini cuma pendapat nana. maaf kalau langsung tak sama dengan pemahaman korang. penambahan maklumat/ pembetulan sangat dialukan.sekian dari -nana rahim-.

loveuall...mmuahh