Labels

Friday 30 November 2012

jutaan terima kasih

nana ambil kesempatan untuk letak sedebuk pemberian dan peristiwa yang menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup nana. nana takut tak sempat nak luahkan kepada insan-insan berkenaan dengan mulut nana sendiri. kadang-kadang nana merasakan yang hidup nana tak panjang. tak sempat nak selesaikan semua masalah dunia yang berkaitan nana dan orang-orang yang nana sayangi. 

1) Peristiwa terpenting dan paling bermakna dalam hidup nana sepanjang berada di UUM --> menemani ayah dalam DMAS (Dewan Mu-Adzam Shah) UUM semasa majlis penting, konvokesyen kakak. i love u DAD!!!!.. and i miss u so muchh!! ..mmuahhhhh dari anakmu. dan apa yang nana nak sampaikan, nana sangat merindui ayah. peluk dan cium nana untukmu ayah. terima kasih sudi berdating dengan nana pada tanggal 7/11/12. i l0vE U.



2) Tentang phone accessory yang cute ni pemberian cik Sue Ann sebab tumpangkan bilik masa hantar laporan praktikal selama beberapa hari.. thanks a lot suzie



3) this one (pic kat bawah nih) ~ durian. 
pemberian ikhlas daripada cik Bella. seorang insan yang baru nana kenali dengan lebih rapat...dan yA!!, tersangat rugi rasanya kerana lambat untuk mengenali insan tersebut. pape pon, terima kasih sayang. 
kredit to cik Bella Irwan 



 
4) kredit to miss Siti Suhair Saleh sebab sudi belanja nana makan di Kuala Perlis last month. permandangan laut yang sempat nana snap...




nanarahim

kasturi hitam (musk deer)

KHASIAT KASTURI

berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan islam terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.A dan ahli-ahli perubatan Islam, maka Kasturi didapati mempunyai banyak khasiat antaranya:

  1. Memberi kekuatan kepada roh. Haruman adalah santapan roh, manakala Kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi s.a.w: "Sebagus-bagus wangian ialah minyak Kasturi" (H.R Muslim)
  2. Menenangkan jiwa (hati)
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  4. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan 
  5. Menghilangkan debaran jantung
  6. Menghilangkan sesak nafas 
  7. Melegakan lelah (asma)
  8. Menyedarkan orang yang pengsan
  9. Merperkuatkan organ (anggota) diluar tubuh
  10. Memperkuatkan organ dalam tubuh
  11. Menghilangkan kegementaran tubuh
  12. Menghilangkan sejuk tubuh
  13. Menbuang angin yang berlebihan dalam tubuh
  14. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  15. Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
  16. Menjernihkan mata putih pada mata
  17. Berfungsi memelihara kesihatan keseluruhannya
  18. Menolakkan / menghindarkan wabak penyakit
  19. Dapat melanjutkan usia
  20. Meredhakan Allah, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh dan sebaliknya dapat mengusir     syaitan dan konco-konconya.

Menurut Imam Asy-Syafi'ii r.A bahawa antara perkara yang dapat menguatkan jasmani ialah dengan mencium bauan harum.

 



Friday 23 November 2012

print screen

Apa itu "print screen"..??.
contohnya adalah seperti dibawah:



Bagaimana membuat "print screen"

langkah-langkah save as print screen


1)


mula-mula korang tekan butang/punat "print screen" seperti gambar disebelah --->>
mintak maaf bebanyak. gambar sedikit kabur. maklumlah, snap pakai phone murah jekk. ehee



2) seterusnya, korang pegi dekat --> start > all programs > accessories > paint. Click dalam kotak yang disediakan > tekan CTRL dan huruf A serentak > click kanan > paste.


dan ini hasilnya (lihat dibawah)




3) kemudian -->click file > save as




selamat mencuba!!
nana rahim punya perkongsian

Friday 16 November 2012

salam Ma'al Hijrah

assalammualaikum semua

hari ini, 16/11 dan semalam tentunya 15/11/2012 bersamaan 1 muharam. alhamdulillah, nana bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dimuka bumi ini. alhamdulillah juga kerana nana berjaya untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari semalam a.k.a berpuasa. 0ppss maaf sekiranya ada yang merasakan nana over lebih nak mentioned kat public yang nana berpuasa tempoh hari. 

berbalik kepada tajuk utama, "salam Ma'al Hijrah". tahun baru menurut kalendar islam kali ini, nana tidak meletakkan azam yang banyak disebabkan habit nana yang tak berapa nak matang. Yee, nana dah masak dengan perangai under aged yang sebati dalam diri nana. azam kemain banyak, tapi yang terlaksana dan mencapai target hanyalah seperlima sahaja. sekaligus membuktikan siapa diri nana. jadi untuk kali ini, azam tahun baru nana hanyalah yang biasa-biasa dan inshaAllah mampu dicapai. 

apa yang tegar untuk tahun baru, seperti biasa yang nana tak pernah curang dengan colour pink. Ya!!! . nana suka sangat colour pink. kalau boleh semuanya nana nak pink. yeke??.. memanglah baju bajan nana tak banyak colour pink sebab adakalanya kurang sesuai dengan kulit nana yang tak berapa nak putihhh sangat ni. alhamdulilah nana masih sedar diri disitu. tetapi, kesetiaan nana terhadap pink memang tak boleh disangkal. buktinya, tengok kat atas meja study nana. majoriti pink dan of course, purse, phone housing, bag, shoes, pencil box dan...malah earphone pun colour pink. rasanya tak perlu terlebih over dan eksaited menyenaraikan secara detail barangan pink milik nana. menyampah pulak rasa. 

bersempena awal muharam ini, telah berlakunya jejak kasih. adik beradik angkat yang dah lost contact sekian lama hampir 6 tahun terjumpa kembali. lokasi didalam makmal komputer pada masa antara 6-7 petang. syukur alhamdulillah. 

perkara paling penting yang sering menjadi gangguan dalam hati dan minda nana tak lain tak bukan adalah FAMILY. kasih nana terhadap family semakin membuak. air dicincang tidak akan putus. sebak + sedih + nak meraung. semuanya bercampur aduk menjadi satu formula dalam fikiran nana. kadang-kadang bagaikan hidup akan datang akan kelam dan kosong tanpa family. apa yang menjadi ketakutan melampau dalam hidup nana apabila membayangkan kehidupan seorang diri terkontang kanting tanpa ahli keluarga. MashaAllah. betapa tuhan sahaja yang mengetahui betapa kecamuknya hati nana walaupun hanya membayangkan dan masih belum menghadapi. Astagfirullahhalazim.

nanarahim


Wednesday 14 November 2012

ini diri nana, so what??

peace be upon you ...peace >_<

apakah perasaan anda sekiranya penampilan diri dipersoalkan?
nana pernah tekankan dientri sebelum ni. nana hanyalah gadis kampung berbaju kurung dan bertudung bawal. tapi disini nana tambahkan sedikit. bertudung bawal bunga-bunga. tapi itu kadang-kadangla. tudung bunga-bunga yang nana ada pun tak banyak. banyak lagi yang kosong. hurmm, bagi yang mengenali nana mesti tahukan nana macam mana. Yee betoll. nana sangat simple. tudung selimpang kiri dan kanan jee. takde nak belit-belit, buh kerongsang besar dabak berjuntai-juntai and sebagainya. tapi part tu tak kisahla kan.
yang menjadi persoalan tanda ketidakpuasan hati nana nie, salah ke pakai tudung bunga-bunga?. macam orang kampung ehh?. ok fine!!!. nanti nak kawin, cari calon yang tak pakai tudung macam nana yee cik abang. dan KALAU kita ditakdirkan berjodoh, hari-hari nana nak pakai tudung bunga-bunga selimpang kiri kanan. biar sampai encik suami (cik abang yang sesedap oren mengomel penampilan nana) muntah hijau plus kuning langsung serik dan menyesal dengan statement yang pernah dilemparkan kepada nana. 

hakikatnya, inilah diri nana. fullstop. belum dapat seru lagi nana nak pakai gojes macam gadis office or yang dah bekerjaya. nana masih student. nak nampak macam remaja belasan tahun ke apa. itu nana punya sukalahhhh. tak nak kawan, nana tak kisah. nana boleh cari lain.

pesanan dari nana buat cik abang > maaf sekiranya terbaca entri nie sebab termengumpat. tapi seingat nana, tak pernah pulak bagi url blog nana nie kat cik abang berkenaan. huhhh. aptb a.k.a apa pun tak boleh.

terpulang kepada yang melihat untuk menilai. apa pun nana memang gadis kampung. terima kasih kepada cik abang berkenaan kerana mengingatkan nana . supaya nana tak lupa diri. YESSS!!
~nana bangga dengan title "gadis kampung"~

tak puas hati?. jom fight . ala bucuk-bucuk. tamo sentap-sentap. tamo fight-fight. nak kenal jekk.
jom~ erkkkk. nombor phone terlupe dehhh.
email jekk yang ingat (alasan lapuk)
kalau ada apa-apa yang tidak puas hati bolehlah email kepada > norsarina89@ymail.com<
hehe..nana rahim sayang kamooo.
muahhhh












zaman muda remaja


assalammualaikum dan hai korang semua
firstly bebanyak terima kasih nana ucapkan kerana sudi meluangkan masa, meringankan jari jemari search blog nana dan men"scroll down" untuk membaca latest entri dari nana. terharu sesangat nana. tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata (ceewahh. perasan giler nana kan. macamla die tu retis orang terhegeh-hegeh nak amik tau.). pape pon nana harap korang tak muntah hijau dengan keperasanan nana yang telah disengajakan dipermulaan entri. uhuuu. sebagai mukadimah apa salahnya kan. (senyum gedik).

well, nana merajinkan jari jemari nana malam nie untuk meng-hupdate entri. tujuan utama untuk perkongsian semata. betoll!!.. tak tipu pon. mai nengok sat gambaq yang nana upload nieh. haa percaya tak kalau nana kata, macam niela rupa nana masa kecik-kecik d0luuu. rambut kerinting kalah meggie. 



kisah disebalik rambut kerinting milik nana. 
dalam family nana, takde sorang pon girl yang rambut kerinting termasuk mak. ditakdirkan nana sorang je yang rambut kerinting. pengalaman nana berambut kerinting sampailah umur nana menginjak 5 tahun. ehhh, sampai umur 5 tahun jek?. yess!!!. mak nana punya eksaited bagai dapat sorang anak pompuan berambut kerinting, hampir setiap hari duk gunting rambut nana. konon nak menjaga. alih-alih makin hari semakin lurus jadinya rambut nana. eheeee.. orang yang paling gumbira??..of coursela NANA. haha. mak punya frust bila tengok rambut nana lurus. bak kata pepatah, nasi dah jadik bubur. nak buat macam mana kan.
 seriously nana tak suka rambut nana kerinting. tapi suka tengok rambut orang lain kerinting..hurmmm ada-ada je nana nie kan.
... dan disebabkan rambut kerinting nana nielaa (merujuk kepada gambar), nana telah membuang sekeping gambar nana semasa tabika sekolah. har har. kenapa ntah nana memang fobia dengan rambut nana sendiri. mungkin disebabkan lain dari yang lain dan pernah ditegur oleh seorang pak cik dalam kampung nana. katanya, nana nie anak orang lain sebab tak sama dengan adik beradik yang lain..waaaaaaa. tak suka statement pak cik berkenaan. nana benci!!!!!. 

tapi sekarang rambut nana tak kerinting lagi. hilang sudah keresahan nana zaman memuda doluuu. ahaaaa. 

...and then, cuba korang pejam mata. ingat semula lukisan pertama yang korang lukis. lukisan pertama nana adalah bunga yang comel macam nana . oppsss. berkelopak lima. hehe. mak nana yang ajar. YUppp!!. mak nana ajar nana masa sekolah tabika. means, nana 5 years time tuhh. nana lukis banyak sangat bila dah pandai kat atas kertas lukisan. sweet sangat bila ingat semula. masa tengah pandai dan baru belajar melukis menjadi sebuah peristiwa dalam hidup nana. dan sekarang menjadi sebuah kenangan dalam hidup nana. yang akan nana ingat sampai ke-tua. 





Monday 12 November 2012

persoalan yang lazim

seorang lelaki yang kukira masih baru disini barangkali. tujuan asalnya hanya untuk melintasiku. sambil lalu, memandang dengan penuh tanda tanya seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan. pelik. kenapakah?. padahal memang tidak pernah kulihat lelaki tersebut sepanjang 3 tahun disini. kemudiannya berpaling kebelakang dan mendapatkan tempat yang lebih dekat denganku. maka bermulalah dialog antara kami.

si lelaki  : assalammualaikum
nana      : waalaikummussalam
si lelaki  : semester satu ke?
nana    : (sambil memikirkan sesuatu. mengambil nafas sebelum menjawab pertanyaan yang diajukan.) .  semester tujuh. 
si lelaki  : ehh keciknya.
nana      : (dalam hati bernanah kot. grrrr. tapi masih tersenyum.). kenapa ye?
si lelaki  : takde apa. ermm, akak la kiranya nie ye?
nana    : yupp (penuh keyakinan sambil mengangkat kening sebagai menyoal balas menggunakan bahasa badan)
si lelaki  : (senyum). ingatkan semester satu tadi. 

si lelaki tadi meminta izin dariku sebelum berlalu. cehhhh

what the &*^*.. arghhhhh . tension nana. (menaip dengan kasar sambil mulut membebel-bebel).






erkk~ final exam yang semakin hampir

In the name of Allah swt. the most gracious. the most merciful.
assalammualaikum.

pejam celik dah bulan masuk bulan november. begitu cepat masa berlalu. peperiksaan akhir pun semakin hampir. first paper nana 31/12/2012..ahaa, bila nak mula nelaah pun tak taulaa. hurmmmm.
korang semua mesti dah start pulun kan kamoo- kamoo semua??.. ehemm!! kamoo- kamoo semuala yang sedang meluangkan masa kat entri nana nihh. terbaikklaa. oupsss lupa pulak. nih nana link kan latest schedule for the final exam A121, UUM selepas pindaan kedua. sila muat turun disini

ehh ehh, tadi ada dua girls tanya nana, kat mana nak download benda alah jadual peperiksaan akhir sesi A121 , 2012/2013. so, thats whyla nana tetiba dapat idea nak update blog. bagi yang belum tau nak download kat mana, korang boleh download kat HEA, UUM ataupun dalam korang punya UUM PORTAL (student). kalau nak download melalui hea, boleh bukak link nihh > hea.uum.edu.my > lihat diruang announcement atas sebelah kanan. korang akan nampak link jadual peperiksaan akhir... click that link > sila muat turun disini ( click tulisan merah "disini"). senang kan??. second choice, korang boleh download melalui student portal, kat bahagian hebahan (sebelah kiri sekali). 

p/s: nana sekadar ingin berkongsi terutama kepada adik-adik junior dan takde niat nak tunjuk pandai. peace ^_^

Sunday 4 November 2012

single but not available

assalammualaikum semua

suka pulak hati kitew. 
korang biasa tak dengan perkataan nie "single but not available". suka nana untuk menterjemahkannya. single (masih belum berkahwin) but not available (sudah berpunya samada sudah bertunang/ masih bercinta / sudah mempunyai pilihan hati). tak kira perempuan atau lelaki, suka menggunakan ayat tersebut apabila ada yang bertanyakan status diri . tak percaya??. kat pesbuk contohnya, status diri seringkali berubah. apabila dari complicated / married/ engage/ in an open relationship  kepada single. pasti ada yang bertanya diruang komen untuk kepastian. terutama bagi yang berlainan jantina. nahh!, apa jawapan lazim diberikan oleh empunya diri yang mengubah status relationship?. cubit pipi jawab sendiri. hehe.

nana seringkali terbaca status update yang sebegini. antara jawapan yang nana sering jumpa. simple je. "dimulai dengan gelak. single but not available" .. see!! . kan betul. empat perkataan yang pemes untuk jawapan yang simple. kemudian barulah nak explain more detail about that status. maka keluarlah jawapan-jawapan yang adakalanya, positif dan adakalanya negatif. kita yang membaca boleh menilai sendiri.

ada juga kes yang mana siempunya diri sudahpun mendirikan rumahtangga. TETAPI, dengan bangganya menggunakan empat perkataan pemes yang nana jelaskan diatas. apa cerrr???.. ohh mungkin ini maksudnya bagi yang sudah berkahwin pula. versi lelaki : single (masih ada kuota. that means, baru ada a wife. so boleh kahwin lagi tiga orang) but not available (tak sampai hati nak guriskan perasaan isteri sekiranya berhubungan secara terangan).. ahaa versi perempuan pulak?. begini kot . single ( sudah berkahwin tetapi suami tak romantik, asyik gaduh laki bini , bukan orang yang dicintai or something like that) but not available ( kalau ada yang berkenan, berkemungkinan besar berlaku kecurangan ataupun dah get ready tuntut fasakh. nauzubillah)..

opss, ini dari sudut pandangan peribadi nana. korang semua mungkin berbeza dengan apa yang nana fikirkan. apa-apa pun, layannnnnn~

p/s : suka nana untuk menterjemahkannya. menunjukkan bahawa semua yang tercoret diatas adalah pandangan nana sahaja. kalau ada yang tidak berpuas hati/ touching dengan mana-mana statement nana kat entri merangkap blog nana ni, ampun dan maaf nana pohonkan. 

nana insan biasa. tidak sempurna dan ada kekurangan.

Saturday 3 November 2012

lelaki pertama

suatu ketika dulu, nana pernah diminati secara diam oleh seorang lelaki. dialah pertama yang berani meluahkan isi hati kepada nana. akhirnya kami terpisah tanpa sempat menjalin apa-apa hubungan istimewa. beberapa ketika selepas itu, nana didatangi seorang perempuan merangkap sahabat nana. katanya, si lelaki semakin kacak, tinggi lampai, putih melepak, famous, dan wahhh. nana kurang pasti apakah motifnya. yang jelas, semuanya menunjukkan ketidakpadanan nana dengan si lelaki berkenaan. maksud tersirat sebalik penceritaan yang tak dipinta oleh nana menunjukkan yang nana TAK SESUAI LANGSUNG dengan si lelaki. dan haruslah perempuan yang bercerita kepada nana meminati si lelaki. kisah ini sudah lama berlalu. tapi masih segar dalam ingatan nana. 

tak terungkap oleh nana dengan kata-kata. jauh sekali berterima kasih kerana menyedarkan siapa diri nana. budak kampung yang masih berhingus barangkali pada pandangannya. meski nana SENTAP, nana tak mahu cepat melatah. suka nana tegaskan, nana langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan melainkan hanya menganggap si lelaki hanya kawan lelaki biasa, tiada yang istimewa. hati nana kuat mengatakan si perempuan menyukai si lelaki dalam diam. pada ketika yang mana nana didatangi si perempuan, hati nana melonjak untuk melepaskan amarah. betapa sekiranya anda meminatinya, tak perlu menyakiti hati yang lain. hati nana sedikit terguris kerana penceritaan yang secara tak langsung merendahkan nana. nana berbangga dengan diri sendiri. masih dapat bersabar dengan kerenah manusia yang mementingkan kegembiraan dan kepuasan hati sendiri. 

beberapa minit yang lalu, excited untuk dikongsikan dengan pembaca. nana terjumpa mukabuku milik si lelaki. jemari pantas menggerakkan mouse untuk menjejak perempuan yang bertahta dihati si lelaki. hasilnya, nana mendapati bukanlah si perempuan yang mendatangi nana suatu ketika dahulu berada dihati si lelaki. si lelaki bukanlah ditakdirkan dengan si perempuan. NAH!!, rupanya yang beriya-iya hanyalah bertepuk sebelah tangan. inilah dikatakan hukum karma mungkin. apa yang tidak dapat disangkal oleh nana... YA memang betul apa yang dikatakan si perempuan 6 tahun yang lalu kepada nana. tersangat tidak padan si lelaki dengan diri nana. Alhamdulillah. nana masih diri nana. semoga si lelaki berbahagia bersama orang yang disayangi. ameenn.

nana hanyalah seorang gadis kampung yang masih berpakaian kolot pada pandangan sesetengah individu. berbaju kurung dengan tudung bawal simple serta berkasut tutup. itulah pemakain rutin ke kelas dengan alasan pemakaian formal sahaja dibenarkan semasa kuliah. dengan rasa penuh kehinaan, nana berserah sepenuhnya kepada yang ESA. sekurangnya, nana masih seorang gadis yang mampu mempertahankan maruah diri, keluarga , agama dan bangsa. nana sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mendekatkan diri dengan yang maha esa. ALHAMDULILLAH





tiba tiba

In the name of Allah swt. the most gracious. the most merciful
peace be upon you

seperti biasa duduk termenung. fikirkan masa depan (cewahh). yee,memang habit nana suka termenung. terpandang seekor cicak disyiling bilik. teringat zaman kecik-kecik.suka main teka-teki. salah satu, seekor cicak bertepuk tangan melihat dua ekor cicak yang lain bergaduh.apakah yang berlaku kepada cicak yang mentertawakan dua ekor cicak yang sedang bergaduh berebutkan serangga?. dan of course jawapan yang tak berapa nak matang. cicak tersebut akan jatuh dengan alasan cicak tidak mungkin dapat mencengkam syiling dengan hanya menggunakan dua kaki.

terpandang jari jemari. bilalah agaknya jari manis akan disarung cincin. perkahwinanlah semestinya. nana tertanya-tanya, siapakah lelaki yang bakal nana nikahi. layakkah nana?. mampukah nana?. pelbagai persoalan. TETAPI wajiblah sekarang ni nana fikirkan tentang pekerjaan yang bakal nana terjah. terlebih dahulunya.

teringat kampung halaman. rumah baru tapi still dalam kampung yang sama. perasaan mula diselubungi kesedihan. kerinduan terhadap keluarga tercinta semakin meninggi. inshaAllah nana cuba mengawal. akan diseka air mata dari jatuh mengalir. menatap gambar kedua orang tua nana. itu sahaja yang mampu. adat berjauhan. utara timur.

masih nana ingat pertama kali menjejak kaki dibumi Sintok. suasana ,perasaan dan keterujaan. hari pertama diminggu pertama, nana tidak kekok dan tidak sedih. hari berikutnya sehingga sekarang nana tidak kekok TETAPI sentiasa bersedih (bukanlah 24 hours). walau nana anak perempuan, itu bukanlah alasan untuk mengatakan nana tersangat rapat dan merindui keluarga yang jauh dimata. seterusnya mengharuskan diri untuk tidak belajar berdikari dan berjauhan dengan keluarga. heyy!! wake up nana. hidup tak boleh terlalu bergantung. mestilah berdikari. itu bukan sahaja boleh mematangkan fikiran, malah memberikan pelbagai pengalaman hidup. yang mungkin suatu hari nanti menjadi kenangan terindah dalam hidup, inshaAllah.

nana sering mengingatkan diri. kehidupan adalah sebuah pengembaraan. jadi kutiplah sebanyak yang mungkin bekalan yang berguna untuk kehidupan yang kekal abadi.

sekian dari nana..