Labels

Cerita (22) Perkongsian (12) Kenangan (8) Luahan (7) Tentang nana (7) Lirik lagu (6) Sahabat (6) Keluarga (4) Tutorial (2)
Showing posts with label Tentang nana. Show all posts
Showing posts with label Tentang nana. Show all posts

Tuesday, 15 September 2015

No point... blurr

Assalammualaikum.. 

Dah lama nak berbelog, asyik tak sempat memanjang. Alhamdulillah hari ni nana diberi kesempatan.
Kesian kat pembaca setia entri2 nana terutama cik Ruby, nana minta maaf sangat2 dah lama tak update. Macam biasa, kalau nana mula berbelog, mesti something wrong somewhere. Yes, nana Sedih.
Kenapa orang melayu islam kurang nilai budi bahasa. Tolonglah jangan anggap bila diri dah ada semuanya (keduniaan), sesuka hati memandang serong kat orang lain. Mana ada orang perfect. 

Nana dah cuba sedaya upaya memuaskan hati orang, tapi apa yang nana dapat?? .  

ORANG TAKKAN 100%  FAHAM SITUASI KITA hatta darah daging sendiri. 
Biarlah apa orang nak kata, TEGAKKAN PENDIRIAN kita.
Ingatlah, Kalau bukan kita, SIAPA LAGI YANG AKAN BANTU KELUARGA KITA SENDIRI. 
Biarlah BERSUSAH SAMA-SAMA dari sekarang, ASAL TAK MENYESAL KEMUDIAN HARI
..SETIAP YANG KITA SUARAKAN, EMOSIKAN mungkin dipandang remeh oleh orang lain.   dan..
Kita MENANGIS SETIAP MALAM TIADA YANG TAHU. Hanya ALLAH S.A.W yang tahu.
Ya, BUKAN KESENANGAN YANG DICARI, Sebaliknya Kebahagiaan dan Ketenangan.

#hargaioranglaintakrugi
#cubauntukberfikiranpositifwalaususah
#baiktinggalkanjeorangyangtaktaumenghargai

Nana...



Tuesday, 17 March 2015

Alhamdulillah

Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah

Nana bersyukur sangat masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah. Hidup ini ibarat pengembaraan didunia yang disewa menggunakan tubuh yang dipinjam. Hanya sekelip mata, apapun yang dikehendakiNya, pasti terjadi walau diluar jangkaan kita sebagai manusia. Terlalu banyak dosa yang nana dah lakukan sepanjang lebih 20 tahun ni. Tapi Allah masih beri nana masa dan peluang untuk berubah kearah yang lebih baik. Nana rasa amat kerdil.

Nana dulunya seorang yang panas baran, ego, sensitif. Alhamdulillah sekarang dah boleh cuba kurangkan yang negatif. Yess!! Good Job Nana.

Kehidupan sekarang walaupun sederhana,tapi tenang dan bahagia. Kehidupan yang berteraskan rules islam yang betul diikuti pemahaman dan penghayatan sangat bahagia. Islam agama yang indah. Tersangat Indahhh. Islam mengangkat martabat kaum wanita. Janganlah disebabkan adat dan budaya, wanita dilayan acuh tak acuh, dan menidakkan hak-hak mereka. Ikutlah rules Allah.

Nana..

Friday, 16 November 2012

salam Ma'al Hijrah

assalammualaikum semua

hari ini, 16/11 dan semalam tentunya 15/11/2012 bersamaan 1 muharam. alhamdulillah, nana bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dimuka bumi ini. alhamdulillah juga kerana nana berjaya untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari semalam a.k.a berpuasa. 0ppss maaf sekiranya ada yang merasakan nana over lebih nak mentioned kat public yang nana berpuasa tempoh hari. 

berbalik kepada tajuk utama, "salam Ma'al Hijrah". tahun baru menurut kalendar islam kali ini, nana tidak meletakkan azam yang banyak disebabkan habit nana yang tak berapa nak matang. Yee, nana dah masak dengan perangai under aged yang sebati dalam diri nana. azam kemain banyak, tapi yang terlaksana dan mencapai target hanyalah seperlima sahaja. sekaligus membuktikan siapa diri nana. jadi untuk kali ini, azam tahun baru nana hanyalah yang biasa-biasa dan inshaAllah mampu dicapai. 

apa yang tegar untuk tahun baru, seperti biasa yang nana tak pernah curang dengan colour pink. Ya!!! . nana suka sangat colour pink. kalau boleh semuanya nana nak pink. yeke??.. memanglah baju bajan nana tak banyak colour pink sebab adakalanya kurang sesuai dengan kulit nana yang tak berapa nak putihhh sangat ni. alhamdulilah nana masih sedar diri disitu. tetapi, kesetiaan nana terhadap pink memang tak boleh disangkal. buktinya, tengok kat atas meja study nana. majoriti pink dan of course, purse, phone housing, bag, shoes, pencil box dan...malah earphone pun colour pink. rasanya tak perlu terlebih over dan eksaited menyenaraikan secara detail barangan pink milik nana. menyampah pulak rasa. 

bersempena awal muharam ini, telah berlakunya jejak kasih. adik beradik angkat yang dah lost contact sekian lama hampir 6 tahun terjumpa kembali. lokasi didalam makmal komputer pada masa antara 6-7 petang. syukur alhamdulillah. 

perkara paling penting yang sering menjadi gangguan dalam hati dan minda nana tak lain tak bukan adalah FAMILY. kasih nana terhadap family semakin membuak. air dicincang tidak akan putus. sebak + sedih + nak meraung. semuanya bercampur aduk menjadi satu formula dalam fikiran nana. kadang-kadang bagaikan hidup akan datang akan kelam dan kosong tanpa family. apa yang menjadi ketakutan melampau dalam hidup nana apabila membayangkan kehidupan seorang diri terkontang kanting tanpa ahli keluarga. MashaAllah. betapa tuhan sahaja yang mengetahui betapa kecamuknya hati nana walaupun hanya membayangkan dan masih belum menghadapi. Astagfirullahhalazim.

nanarahim


Wednesday, 14 November 2012

ini diri nana, so what??

peace be upon you ...peace >_<

apakah perasaan anda sekiranya penampilan diri dipersoalkan?
nana pernah tekankan dientri sebelum ni. nana hanyalah gadis kampung berbaju kurung dan bertudung bawal. tapi disini nana tambahkan sedikit. bertudung bawal bunga-bunga. tapi itu kadang-kadangla. tudung bunga-bunga yang nana ada pun tak banyak. banyak lagi yang kosong. hurmm, bagi yang mengenali nana mesti tahukan nana macam mana. Yee betoll. nana sangat simple. tudung selimpang kiri dan kanan jee. takde nak belit-belit, buh kerongsang besar dabak berjuntai-juntai and sebagainya. tapi part tu tak kisahla kan.
yang menjadi persoalan tanda ketidakpuasan hati nana nie, salah ke pakai tudung bunga-bunga?. macam orang kampung ehh?. ok fine!!!. nanti nak kawin, cari calon yang tak pakai tudung macam nana yee cik abang. dan KALAU kita ditakdirkan berjodoh, hari-hari nana nak pakai tudung bunga-bunga selimpang kiri kanan. biar sampai encik suami (cik abang yang sesedap oren mengomel penampilan nana) muntah hijau plus kuning langsung serik dan menyesal dengan statement yang pernah dilemparkan kepada nana. 

hakikatnya, inilah diri nana. fullstop. belum dapat seru lagi nana nak pakai gojes macam gadis office or yang dah bekerjaya. nana masih student. nak nampak macam remaja belasan tahun ke apa. itu nana punya sukalahhhh. tak nak kawan, nana tak kisah. nana boleh cari lain.

pesanan dari nana buat cik abang > maaf sekiranya terbaca entri nie sebab termengumpat. tapi seingat nana, tak pernah pulak bagi url blog nana nie kat cik abang berkenaan. huhhh. aptb a.k.a apa pun tak boleh.

terpulang kepada yang melihat untuk menilai. apa pun nana memang gadis kampung. terima kasih kepada cik abang berkenaan kerana mengingatkan nana . supaya nana tak lupa diri. YESSS!!
~nana bangga dengan title "gadis kampung"~

tak puas hati?. jom fight . ala bucuk-bucuk. tamo sentap-sentap. tamo fight-fight. nak kenal jekk.
jom~ erkkkk. nombor phone terlupe dehhh.
email jekk yang ingat (alasan lapuk)
kalau ada apa-apa yang tidak puas hati bolehlah email kepada > norsarina89@ymail.com<
hehe..nana rahim sayang kamooo.
muahhhh












zaman muda remaja


assalammualaikum dan hai korang semua
firstly bebanyak terima kasih nana ucapkan kerana sudi meluangkan masa, meringankan jari jemari search blog nana dan men"scroll down" untuk membaca latest entri dari nana. terharu sesangat nana. tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata (ceewahh. perasan giler nana kan. macamla die tu retis orang terhegeh-hegeh nak amik tau.). pape pon nana harap korang tak muntah hijau dengan keperasanan nana yang telah disengajakan dipermulaan entri. uhuuu. sebagai mukadimah apa salahnya kan. (senyum gedik).

well, nana merajinkan jari jemari nana malam nie untuk meng-hupdate entri. tujuan utama untuk perkongsian semata. betoll!!.. tak tipu pon. mai nengok sat gambaq yang nana upload nieh. haa percaya tak kalau nana kata, macam niela rupa nana masa kecik-kecik d0luuu. rambut kerinting kalah meggie. 



kisah disebalik rambut kerinting milik nana. 
dalam family nana, takde sorang pon girl yang rambut kerinting termasuk mak. ditakdirkan nana sorang je yang rambut kerinting. pengalaman nana berambut kerinting sampailah umur nana menginjak 5 tahun. ehhh, sampai umur 5 tahun jek?. yess!!!. mak nana punya eksaited bagai dapat sorang anak pompuan berambut kerinting, hampir setiap hari duk gunting rambut nana. konon nak menjaga. alih-alih makin hari semakin lurus jadinya rambut nana. eheeee.. orang yang paling gumbira??..of coursela NANA. haha. mak punya frust bila tengok rambut nana lurus. bak kata pepatah, nasi dah jadik bubur. nak buat macam mana kan.
 seriously nana tak suka rambut nana kerinting. tapi suka tengok rambut orang lain kerinting..hurmmm ada-ada je nana nie kan.
... dan disebabkan rambut kerinting nana nielaa (merujuk kepada gambar), nana telah membuang sekeping gambar nana semasa tabika sekolah. har har. kenapa ntah nana memang fobia dengan rambut nana sendiri. mungkin disebabkan lain dari yang lain dan pernah ditegur oleh seorang pak cik dalam kampung nana. katanya, nana nie anak orang lain sebab tak sama dengan adik beradik yang lain..waaaaaaa. tak suka statement pak cik berkenaan. nana benci!!!!!. 

tapi sekarang rambut nana tak kerinting lagi. hilang sudah keresahan nana zaman memuda doluuu. ahaaaa. 

...and then, cuba korang pejam mata. ingat semula lukisan pertama yang korang lukis. lukisan pertama nana adalah bunga yang comel macam nana . oppsss. berkelopak lima. hehe. mak nana yang ajar. YUppp!!. mak nana ajar nana masa sekolah tabika. means, nana 5 years time tuhh. nana lukis banyak sangat bila dah pandai kat atas kertas lukisan. sweet sangat bila ingat semula. masa tengah pandai dan baru belajar melukis menjadi sebuah peristiwa dalam hidup nana. dan sekarang menjadi sebuah kenangan dalam hidup nana. yang akan nana ingat sampai ke-tua. 





Sunday, 27 May 2012

boleh panggil saya...

boleh panggil saya nana @ ina..nak lebih superb, panggil saya sarina..huarr huarr huarrr

mana-mana yang anda rasa selesa, nana ta kisah nak panggil apa pon, asalkan yang boleh mengembangkan hidung nana yang dah sedia kembang nieh..nak panggil si cantik manis pon boleh, siti nurhaliza sangat dialukan..nana ta kisah aiman tak kisah.. nana lebih senang kalau panggil nama penuh nana >sarina. tapi lebih selesa kalau panggil ina dan dalam masa yang sama, nana sangat terharu kalau panggil nana. family nana panggil 'nana'. mak nana kata, disebabkan nana lahir pada bulan enam dan anak yang keenam dalam siblings nana, mak gabungkan "eNAm" (bulan enam) dan "eNAm"( anak keenam)..jadinya "NANA"... unik kan history disebalik nama nana.. dulu masa kecik-kecik, nana tak benarkan kawan-kawan panggil "NANA"..sebab tak nak orang kata nana tiru nama penyanyi nana (siti nordiana). dan satu lagi sebab ada sorng akak kat kat kampung nana yang nama panggilannya juga NANA..hahahaha. klaka kan nana nie. time kecik-kecik, mana nak fikir matang lagi. sekarang nie, nana sangat hargai nama NANA nie. sebab nana nak hargai setiap pemberian mak ayah nana. baru nana sedar betapa banyak nana dah nyusahkan mak ayah nana. dan sekarang nana tekad, nana akan lebih mengutamakan family nana dalam apa jua keadaan terutama sekali mak dan ayah nana. nana sayang sangat kat diorang. kawan-kawan nana nombor dua. so, moral of the story, kalau nak nana rasa sangat terharu, panggillah "NANA". gerenti meleleh-leleh air mata nana nanti..hehehehe..nana rasa lebih rapat lagi kalau panggil dengan nama tuhh..

terima kasih sudi membaca...

Wednesday, 4 January 2012

blog baru saya..ngeee

assalammualaikum dan selamat petang wahai pembaca yang cantik dan segak sekalian.
pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri saya kepada para pembaca semua.
saya..


seorang gegurl yang berasal dari kuala lipis pahang
masih menuntut disalah sebuah IPT di negeri Kedah darul aman
mengambil jurusan pentadbiran perniagaan diperingkat ijazah sarjana muda dengan kepujian
status diri masih bujang
mempunyai kegemaran menyanyi dan melayari internet
matlamat hidup ingin memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat.
errrrmmmmmm
setakat ini sahaja coretan mengenai diri saya
jom..tido
ngantokk sngat2..semalam tido lewat
daa semua..mmuahhh