Labels

Monday 29 October 2012

kering gusi

hai assalammualaikum

sila baca petikan dibawah dan terima kasih atas kerjasama anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak sekarang bukan mcm aku masa kecil-kecil dulu. Untuk setiap soalan atau statement yang kita beri, ada saja jawapan dari mereka kan. Kadang-kadang tak terfikir pula kita ni sampai begitu sekali. Sometimes jawapan mereka buat kita rasa kelakar, marah dan sedih pun ada...

1. Perbualan dalam kereta - gara-gara Iman tak dengar kata. Sbb apa, tak boleh recall pula. 

Mama : Iman, kamu faham tak apa mama cakap? 
Iman   : Tak .. kalau mama cakap Tamil baru saya faham.
Mama : Oo kamu pandai cakap tamil ye. Cuba cakap sikit, mama nak dengar.
Iman   : Mulut saya ada makanan. Mama kan pesan jangan bercakap kalau mulut  penuh ...

Haaa menjawab, menjawab. Bengang kan dengar?


2. Perbualan di meja makan.

Mama : Hani, biji buah plum tu jangan kulum. Nanti tertelan.. tumbuh pokok dalam perut kamu baru tahu.
Hani   : Ala, dalam perut saya mana ada tanah. Mama kata nak tanam pokok kena ada tanah kan.

Cis... (beberapa lama selepas itu..)

Hani    : Mama, hari tu kan, kat rumah nenek, saya telan biji limau.
Mama  : Oo dah tumbuh pokok la dalam perut kamu?
Hani    : Err (sambil gosok perut) biji tu masih benih dalam perut saya ni.

Menjawab lagi... ada saja jawapannya kan..  Sila perhatikan perkataan masih tu ya. Hani bercakap guna ayat surat kan.. :p


3. Perbualan dalam bilik

Hani : Mama selalu cakap mama sayang saya, tapi kenapa mama selalu marah saya?

Mama tak terkata apa. Hai kepala... cepat berfikir! Cik Hani dalam mood sedih tu...

Mama : (sambil gosok belakang badan dia.) Mama sayang anak mama ni.. Tapi, kalau anak mama tak dengar cakap mama, mestilah mama marah.. Sapa kata mama tak sayang Hani. Mama sayang semua anak mama ... 


Alahai.. sedih la pula!


*****************************************************************************************************************************************************************


nie baru sikit. tapi nana dah terguling-guling dan terkekeh-kekeh gelak membaca entri blog nie. keletah kanak-kanak yang sangat kelakar bagi nana. so sweet akak nie melayan kerenah anak-anak bersama suami tercinta. nana doakan semoga mereka bahagia berkekalan. DAN tujuan nana share petikan diatas yang nana copy and paste adalah sebagai cadangan kepada yang suka membuat blog walking supaya menjelajah ke blog tuan punya cerita diatas.hehe. especially kepada cik Ruby yang setia mengikuti latest post from nana. i lap u dalink. 

pesanan dari nana: jngn smpai terguling-guling pulak membaca sebab banyak lagi yang lebih menggelikan hati kat blog akak nie. selamat menghilangkan kebosanan time cuti -keletah kanak-kanak yang ch0mellL

nana rahim