Labels

Thursday 25 October 2012

sayunya hati ini

yaAllah, engkau tabahkanlah hati hambamu ini, kuatkan dan cekalkanlah hambamu ini dalam menempuh segala ujianmu yaAllah.. Amin ya Rabb.

assalammualaikum
esok dah nak raya. tadi sedang nana leka membaca status update my facebook's friends, nana terbaca status seorang sahabat lama (form six dulu). dia pun tak balik berhari raya dan meluahkan perasaannya yang sedih.agak panjang jugak luahannya. nana tersentuh. sebab nana jugak berada dalam situasi yang sama dengan dia. semalam 

semasa menjaga lab petro
4 orang junior : hai kak, bila balik?
nana : kak tak balik dik. korang semua balik bila?
4 orang junior : kami balik kejap lagi kak. tiket 11 malam.
nana : ooo (dalam hati dah menahan air mata dari mengalir). hati- hati ye. smpaikan salam akak kat family semua.

on the way nak balik bilik
2 girls : hai kak ina, tak balik ke?
nana : tak sayang. nak duk sini. sayang UUM. (padahal hati dah sentap habis)
2 girls : akak nie. boleh pulak. orang semua nak balik beraya ngan family la kak.
nana : takpela. ehh, balik hati- hati tau. sayang u olls.
2 girls : ok kak. kami pegi dulu. babai

pagi tadi kat DPP EON
seorang staf : ehh, awak tak balik kampung ke?
nana : tak encik.
seorang staf : laa. kenapa?. awak tak kesian kat mak awak ke?
nana : hanya tersenyum ( pipi nana dah rasa panas nak nagis, tapi nana tetap tahan)
seorang staf : kalau awak tak balik, nanti pegila kat pusat islam. ada buat Qurban untuk students yang tak balik. esok kalau tak silap saya.
nana : oo yeke. inshaAllah encik
seorang staf : senyum sambil berlalu

kat bilik nak p toilet
mak cik : dik, tak balik ka?
nana : ehh, mak cik . saya tak balik. mak cik keje lagi ke esok (soalan tak berapa nak matang)
mak cik : nak ngeja apanya dik oii. esok nak raya.
nana : ehh, haah. lupa pulak
mak cik : dik pasai pa tak balik kampung?. asai orang mana?
nana : saje mak cik nak rasa raya kat tmpat orang. saya asal pahang
mak cik : la..tu aaa? (slang kedah).
nana : senyum
mak cik : maila p jalan umah mak cik. ajak kawan-kawan. duk kat sini hampa tak sedih ka esok nak dengaq takbir.
nana : senyum (nana semakin sebak. dari tadi duk menahan perasaan). takpe la mak cik. terima kasih.

nana sedih, rasa sayu. teringat kat adik-adik, ayah, family semua.... nana tak sanggup dah. air mata nana dah kering asyik nangis setiap hari. mata nana  dah mula bengkak. nana takde tenaga. nana takde kekuatan ... nana dah tak tau nak buat apa. apa pun yang nana buat mesti mengingatkan nana kepada kampung. nana nangis, nangis, dan nangis. tapi nana puas setiap kali lepas nangis. puas sampai tertidur. itulah rutin nana. nana tak kisah nangis sekuat hati. sebab takde sape pun yang mendengar...

nana~sangat~sedih --nana rahim--