Labels

Saturday 3 November 2012

tiba tiba

In the name of Allah swt. the most gracious. the most merciful
peace be upon you

seperti biasa duduk termenung. fikirkan masa depan (cewahh). yee,memang habit nana suka termenung. terpandang seekor cicak disyiling bilik. teringat zaman kecik-kecik.suka main teka-teki. salah satu, seekor cicak bertepuk tangan melihat dua ekor cicak yang lain bergaduh.apakah yang berlaku kepada cicak yang mentertawakan dua ekor cicak yang sedang bergaduh berebutkan serangga?. dan of course jawapan yang tak berapa nak matang. cicak tersebut akan jatuh dengan alasan cicak tidak mungkin dapat mencengkam syiling dengan hanya menggunakan dua kaki.

terpandang jari jemari. bilalah agaknya jari manis akan disarung cincin. perkahwinanlah semestinya. nana tertanya-tanya, siapakah lelaki yang bakal nana nikahi. layakkah nana?. mampukah nana?. pelbagai persoalan. TETAPI wajiblah sekarang ni nana fikirkan tentang pekerjaan yang bakal nana terjah. terlebih dahulunya.

teringat kampung halaman. rumah baru tapi still dalam kampung yang sama. perasaan mula diselubungi kesedihan. kerinduan terhadap keluarga tercinta semakin meninggi. inshaAllah nana cuba mengawal. akan diseka air mata dari jatuh mengalir. menatap gambar kedua orang tua nana. itu sahaja yang mampu. adat berjauhan. utara timur.

masih nana ingat pertama kali menjejak kaki dibumi Sintok. suasana ,perasaan dan keterujaan. hari pertama diminggu pertama, nana tidak kekok dan tidak sedih. hari berikutnya sehingga sekarang nana tidak kekok TETAPI sentiasa bersedih (bukanlah 24 hours). walau nana anak perempuan, itu bukanlah alasan untuk mengatakan nana tersangat rapat dan merindui keluarga yang jauh dimata. seterusnya mengharuskan diri untuk tidak belajar berdikari dan berjauhan dengan keluarga. heyy!! wake up nana. hidup tak boleh terlalu bergantung. mestilah berdikari. itu bukan sahaja boleh mematangkan fikiran, malah memberikan pelbagai pengalaman hidup. yang mungkin suatu hari nanti menjadi kenangan terindah dalam hidup, inshaAllah.

nana sering mengingatkan diri. kehidupan adalah sebuah pengembaraan. jadi kutiplah sebanyak yang mungkin bekalan yang berguna untuk kehidupan yang kekal abadi.

sekian dari nana..