Labels

Wednesday 24 October 2012

yes i am !_!

i am a girl who has a heart and feelings like the other human. ~Assalammualaikum ~

hati mana yang tak sedih bila terkenangkan family yang berjauhan disaat hari mulia.YES, nana sangat terkedu. beberapa hari lagi, raya Qurban akan disambut oleh umat islam. sebagai muslimah, nana sekeluarga turut menyambutnya setiap tahun walaupun ala kadar dan tak semeriah raya puasa. for the first time, nana tak pulang ke kampung berhari raya. bagi yang pernah merasainya pasti akan memahami perasaan nana ketika ini. kalau ikutkan hati, nana nak meraung sekuat hati ... menangis semahunya. tapi nana cuba untuk bersabar. nana kuatkan hati. nana set dalam minda, ada orang yang nasibnya lebih teruk dari nana, lebih sedih dari nana, lebih tragis dari nana. apa yang nana lalui sekarang hanyalah lima percent. samaada korang percaya ataupun tak, nana menaip entri nie dengan linangan air mata. nana tak kisah kalau korang nak cakap nana cengeng, touching lebih or "itu pun nak mentioned kat public ke?".. nana tak kisah u olls. hakikatnya hati nana memberontak nak balik rumah. hati nana akan terubat bila dapat melihat kegembiraan dan kemeriahan keluarga nana. nana mengaku, nana bukanlah seorang anak yang taat, seorang adik yang boleh diharapkan serta seorang kakak yang sempurna. but, at least nana try to do something good very well for them (my beloved family). nana nak bahagiakan keluarga nana, senangkan mereka ... 

nana ambil keputusan untuk stay here walaupun hati nana membangkang hundred percent. nana ketepikan perasaan nana sendiri. nana selfish. nana ego. nana nak tunjuk lagak. nana keras kepala. nana hati batu. macam -macam lagi panggilan buruk sesuai dengan nana. nana jelek dengan diri sendiri. nana seksa diri sendiri. nana puas dapat nangis setiap malam sebelum tidur. nana puas seksa perut nana dengan berlapar. nana puas berlagak happy walhal sebaliknya. senyum dan hilai tawa nana hanya seketika semata-mata untuk mengaburi mata dan hati orang sekeliling nana. nana tak nak sesiapa pun tahu kesedihan nana. nana belum get ready to share everything to anybody. nana lebih selesa kalau simpan sendiri perasaan yang terpendam. kalau pun nana share, hanya cebisan sahaja. itu pun hanya kepada insan-insan terpilih. nana MEMILIH untuk mengadu kepada Allah. Allah sahaja yang nana boleh nana percaya hundred percent. sememangnya itu tak boleh disangkal. 

nanasangatsedihsaatni~andilovemyfamilysomuch!!!!
nana rahim anak mak dan ayah