aku sangat merindui insan yang bernama HAFIZEE BIN SALLEH!!!!!.
Labels
Cerita
(22)
Perkongsian
(12)
Kenangan
(8)
Luahan
(7)
Tentang nana
(7)
Lirik lagu
(6)
Sahabat
(6)
Keluarga
(4)
Tutorial
(2)
Sunday, 9 December 2012
Friday, 30 November 2012
jutaan terima kasih
nana ambil kesempatan untuk letak sedebuk pemberian dan peristiwa yang menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup nana. nana takut tak sempat nak luahkan kepada insan-insan berkenaan dengan mulut nana sendiri. kadang-kadang nana merasakan yang hidup nana tak panjang. tak sempat nak selesaikan semua masalah dunia yang berkaitan nana dan orang-orang yang nana sayangi.
1) Peristiwa terpenting dan paling bermakna dalam hidup nana sepanjang berada di UUM --> menemani ayah dalam DMAS (Dewan Mu-Adzam Shah) UUM semasa majlis penting, konvokesyen kakak. i love u DAD!!!!.. and i miss u so muchh!! ..mmuahhhhh dari anakmu. dan apa yang nana nak sampaikan, nana sangat merindui ayah. peluk dan cium nana untukmu ayah. terima kasih sudi berdating dengan nana pada tanggal 7/11/12. i l0vE U.
2) Tentang phone accessory yang cute ni pemberian cik Sue Ann sebab tumpangkan bilik masa hantar laporan praktikal selama beberapa hari.. thanks a lot suzie
3) this one (pic kat bawah nih) ~ durian.
pemberian ikhlas daripada cik Bella. seorang insan yang baru nana kenali dengan lebih rapat...dan yA!!, tersangat rugi rasanya kerana lambat untuk mengenali insan tersebut. pape pon, terima kasih sayang.
kredit to cik Bella Irwan
4) kredit to miss Siti Suhair Saleh sebab sudi belanja nana makan di Kuala Perlis last month. permandangan laut yang sempat nana snap...
nanarahim
kasturi hitam (musk deer)
KHASIAT KASTURI
berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan islam terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.A dan ahli-ahli perubatan Islam, maka Kasturi didapati mempunyai banyak khasiat antaranya:
Menurut Imam Asy-Syafi'ii r.A bahawa antara perkara yang dapat menguatkan jasmani ialah dengan mencium bauan harum.

berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan islam terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.A dan ahli-ahli perubatan Islam, maka Kasturi didapati mempunyai banyak khasiat antaranya:
- Memberi kekuatan kepada roh. Haruman adalah santapan roh, manakala Kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi s.a.w: "Sebagus-bagus wangian ialah minyak Kasturi" (H.R Muslim)
- Menenangkan jiwa (hati)
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan sesak nafas
- Melegakan lelah (asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Merperkuatkan organ (anggota) diluar tubuh
- Memperkuatkan organ dalam tubuh
- Menghilangkan kegementaran tubuh
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Menbuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan keseluruhannya
- Menolakkan / menghindarkan wabak penyakit
- Dapat melanjutkan usia
- Meredhakan Allah, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh dan sebaliknya dapat mengusir syaitan dan konco-konconya.
Menurut Imam Asy-Syafi'ii r.A bahawa antara perkara yang dapat menguatkan jasmani ialah dengan mencium bauan harum.

Friday, 23 November 2012
print screen
Apa itu "print screen"..??.
contohnya adalah seperti dibawah:
Bagaimana membuat "print screen"
langkah-langkah save as print screen
1)

mula-mula korang tekan butang/punat "print screen" seperti gambar disebelah --->>
mintak maaf bebanyak. gambar sedikit kabur. maklumlah, snap pakai phone murah jekk. ehee
2) seterusnya, korang pegi dekat --> start > all programs > accessories > paint. Click dalam kotak yang disediakan > tekan CTRL dan huruf A serentak > click kanan > paste.
contohnya adalah seperti dibawah:
Bagaimana membuat "print screen"
langkah-langkah save as print screen
1)

mula-mula korang tekan butang/punat "print screen" seperti gambar disebelah --->>
mintak maaf bebanyak. gambar sedikit kabur. maklumlah, snap pakai phone murah jekk. ehee
2) seterusnya, korang pegi dekat --> start > all programs > accessories > paint. Click dalam kotak yang disediakan > tekan CTRL dan huruf A serentak > click kanan > paste.
dan ini hasilnya (lihat dibawah)
3) kemudian -->click file > save as
selamat mencuba!!
nana rahim punya perkongsian
Friday, 16 November 2012
salam Ma'al Hijrah
assalammualaikum semua
hari ini, 16/11 dan semalam tentunya 15/11/2012 bersamaan 1 muharam. alhamdulillah, nana bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dimuka bumi ini. alhamdulillah juga kerana nana berjaya untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari semalam a.k.a berpuasa. 0ppss maaf sekiranya ada yang merasakan nana over lebih nak mentioned kat public yang nana berpuasa tempoh hari.
berbalik kepada tajuk utama, "salam Ma'al Hijrah". tahun baru menurut kalendar islam kali ini, nana tidak meletakkan azam yang banyak disebabkan habit nana yang tak berapa nak matang. Yee, nana dah masak dengan perangai under aged yang sebati dalam diri nana. azam kemain banyak, tapi yang terlaksana dan mencapai target hanyalah seperlima sahaja. sekaligus membuktikan siapa diri nana. jadi untuk kali ini, azam tahun baru nana hanyalah yang biasa-biasa dan inshaAllah mampu dicapai.
apa yang tegar untuk tahun baru, seperti biasa yang nana tak pernah curang dengan colour pink. Ya!!! . nana suka sangat colour pink. kalau boleh semuanya nana nak pink. yeke??.. memanglah baju bajan nana tak banyak colour pink sebab adakalanya kurang sesuai dengan kulit nana yang tak berapa nak putihhh sangat ni. alhamdulilah nana masih sedar diri disitu. tetapi, kesetiaan nana terhadap pink memang tak boleh disangkal. buktinya, tengok kat atas meja study nana. majoriti pink dan of course, purse, phone housing, bag, shoes, pencil box dan...malah earphone pun colour pink. rasanya tak perlu terlebih over dan eksaited menyenaraikan secara detail barangan pink milik nana. menyampah pulak rasa.
bersempena awal muharam ini, telah berlakunya jejak kasih. adik beradik angkat yang dah lost contact sekian lama hampir 6 tahun terjumpa kembali. lokasi didalam makmal komputer pada masa antara 6-7 petang. syukur alhamdulillah.
perkara paling penting yang sering menjadi gangguan dalam hati dan minda nana tak lain tak bukan adalah FAMILY. kasih nana terhadap family semakin membuak. air dicincang tidak akan putus. sebak + sedih + nak meraung. semuanya bercampur aduk menjadi satu formula dalam fikiran nana. kadang-kadang bagaikan hidup akan datang akan kelam dan kosong tanpa family. apa yang menjadi ketakutan melampau dalam hidup nana apabila membayangkan kehidupan seorang diri terkontang kanting tanpa ahli keluarga. MashaAllah. betapa tuhan sahaja yang mengetahui betapa kecamuknya hati nana walaupun hanya membayangkan dan masih belum menghadapi. Astagfirullahhalazim.
nanarahim
Labels:
Tentang nana
Wednesday, 14 November 2012
ini diri nana, so what??
peace be upon you ...peace >_<
apakah perasaan anda sekiranya penampilan diri dipersoalkan?
nana pernah tekankan dientri sebelum ni. nana hanyalah gadis kampung berbaju kurung dan bertudung bawal. tapi disini nana tambahkan sedikit. bertudung bawal bunga-bunga. tapi itu kadang-kadangla. tudung bunga-bunga yang nana ada pun tak banyak. banyak lagi yang kosong. hurmm, bagi yang mengenali nana mesti tahukan nana macam mana. Yee betoll. nana sangat simple. tudung selimpang kiri dan kanan jee. takde nak belit-belit, buh kerongsang besar dabak berjuntai-juntai and sebagainya. tapi part tu tak kisahla kan.
yang menjadi persoalan tanda ketidakpuasan hati nana nie, salah ke pakai tudung bunga-bunga?. macam orang kampung ehh?. ok fine!!!. nanti nak kawin, cari calon yang tak pakai tudung macam nana yee cik abang. dan KALAU kita ditakdirkan berjodoh, hari-hari nana nak pakai tudung bunga-bunga selimpang kiri kanan. biar sampai encik suami (cik abang yang sesedap oren mengomel penampilan nana) muntah hijau plus kuning langsung serik dan menyesal dengan statement yang pernah dilemparkan kepada nana.
hakikatnya, inilah diri nana. fullstop. belum dapat seru lagi nana nak pakai gojes macam gadis office or yang dah bekerjaya. nana masih student. nak nampak macam remaja belasan tahun ke apa. itu nana punya sukalahhhh. tak nak kawan, nana tak kisah. nana boleh cari lain.
pesanan dari nana buat cik abang > maaf sekiranya terbaca entri nie sebab termengumpat. tapi seingat nana, tak pernah pulak bagi url blog nana nie kat cik abang berkenaan. huhhh. aptb a.k.a apa pun tak boleh.
terpulang kepada yang melihat untuk menilai. apa pun nana memang gadis kampung. terima kasih kepada cik abang berkenaan kerana mengingatkan nana . supaya nana tak lupa diri. YESSS!!
~nana bangga dengan title "gadis kampung"~
tak puas hati?. jom fight . ala bucuk-bucuk. tamo sentap-sentap. tamo fight-fight. nak kenal jekk.
jom~ erkkkk. nombor phone terlupe dehhh.
email jekk yang ingat (alasan lapuk)
kalau ada apa-apa yang tidak puas hati bolehlah email kepada > norsarina89@ymail.com<
hehe..nana rahim sayang kamooo.
muahhhh
terpulang kepada yang melihat untuk menilai. apa pun nana memang gadis kampung. terima kasih kepada cik abang berkenaan kerana mengingatkan nana . supaya nana tak lupa diri. YESSS!!
~nana bangga dengan title "gadis kampung"~
tak puas hati?. jom fight . ala bucuk-bucuk. tamo sentap-sentap. tamo fight-fight. nak kenal jekk.
jom~ erkkkk. nombor phone terlupe dehhh.
email jekk yang ingat (alasan lapuk)
kalau ada apa-apa yang tidak puas hati bolehlah email kepada > norsarina89@ymail.com<
hehe..nana rahim sayang kamooo.
muahhhh
Labels:
Tentang nana
zaman muda remaja
assalammualaikum dan hai korang semua
firstly bebanyak terima kasih nana ucapkan kerana sudi meluangkan masa, meringankan jari jemari search blog nana dan men"scroll down" untuk membaca latest entri dari nana. terharu sesangat nana. tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata (ceewahh. perasan giler nana kan. macamla die tu retis orang terhegeh-hegeh nak amik tau.). pape pon nana harap korang tak muntah hijau dengan keperasanan nana yang telah disengajakan dipermulaan entri. uhuuu. sebagai mukadimah apa salahnya kan. (senyum gedik).
well, nana merajinkan jari jemari nana malam nie untuk meng-hupdate entri. tujuan utama untuk perkongsian semata. betoll!!.. tak tipu pon. mai nengok sat gambaq yang nana upload nieh. haa percaya tak kalau nana kata, macam niela rupa nana masa kecik-kecik d0luuu. rambut kerinting kalah meggie.
kisah disebalik rambut kerinting milik nana.
dalam family nana, takde sorang pon girl yang rambut kerinting termasuk mak. ditakdirkan nana sorang je yang rambut kerinting. pengalaman nana berambut kerinting sampailah umur nana menginjak 5 tahun. ehhh, sampai umur 5 tahun jek?. yess!!!. mak nana punya eksaited bagai dapat sorang anak pompuan berambut kerinting, hampir setiap hari duk gunting rambut nana. konon nak menjaga. alih-alih makin hari semakin lurus jadinya rambut nana. eheeee.. orang yang paling gumbira??..of coursela NANA. haha. mak punya frust bila tengok rambut nana lurus. bak kata pepatah, nasi dah jadik bubur. nak buat macam mana kan.
seriously nana tak suka rambut nana kerinting. tapi suka tengok rambut orang lain kerinting..hurmmm ada-ada je nana nie kan.
... dan disebabkan rambut kerinting nana nielaa (merujuk kepada gambar), nana telah membuang sekeping gambar nana semasa tabika sekolah. har har. kenapa ntah nana memang fobia dengan rambut nana sendiri. mungkin disebabkan lain dari yang lain dan pernah ditegur oleh seorang pak cik dalam kampung nana. katanya, nana nie anak orang lain sebab tak sama dengan adik beradik yang lain..waaaaaaa. tak suka statement pak cik berkenaan. nana benci!!!!!.
tapi sekarang rambut nana tak kerinting lagi. hilang sudah keresahan nana zaman memuda doluuu. ahaaaa.
...and then, cuba korang pejam mata. ingat semula lukisan pertama yang korang lukis. lukisan pertama nana adalah bunga yang comel macam nana . oppsss. berkelopak lima. hehe. mak nana yang ajar. YUppp!!. mak nana ajar nana masa sekolah tabika. means, nana 5 years time tuhh. nana lukis banyak sangat bila dah pandai kat atas kertas lukisan. sweet sangat bila ingat semula. masa tengah pandai dan baru belajar melukis menjadi sebuah peristiwa dalam hidup nana. dan sekarang menjadi sebuah kenangan dalam hidup nana. yang akan nana ingat sampai ke-tua.
Labels:
Tentang nana
Subscribe to:
Posts (Atom)














