Labels

Thursday, 24 May 2012

kenyit mata bersama cik Fafad dan cik Azieyah



                                          diatas: menjamu selera dikala perott berkeroncongg..
                                    
                                          pic yang kat bawah nie pulak :
                                                                   bergaya di pintu gerbang HEP lama



                                     
snap2 sempoi kat depan library UUM..cantik background ..orangnye pon cantik-cantik..ahaaaa












Part 2: Rumah Sejahtera (Baitul Hannan), Kg Bohor Mali , 02700 Simpang Empat, Perlis.

...sambungan dari part 1..
bersama-sama peserta dan AJK program "Kembalikan Sinar Kebahagiaan" serta penghuni Rumah Sejahtera (Baitul Hannan)...







gobek..

pernah tengok tak??..hahaa..mesti ada yang tak tau benda alah nie..
gobek digunakan untuk menghancurkan/ menghaluskan sirih. penggunaaannya ; sirih + pinang + kapur sirih + apa2 yang seangkatan dengannya diisikan kedalam buluh ( yang bentuk silinder tuh) dan ditumbuk menggunakan "benda panjang tuh"..heee, tak tau namanya. 







...amboiii, cik nadia kita..ahakkks








 ::..Cik Fafad..bertudung putih







::. cik ieda bersama haiwan peliharaannya..
comel kan
 ::. Cik Aziyah dan Cik Fafad





makan di padang besa, Perlis...


habis daaa...

Sunday, 20 May 2012

Part 1 ; Rumah sejahtera (Baitul Hannan), Kg Bohor Mali, 02700 Simpang Empat, Perlis.

perihal 18 Mei 2012 - jumaat
Assalammualaikum pembaca yang cantik manis dan kacak bergaya..Masa terluang??..jom baca entry saya..
Ehemm2, seperti biasa kalau nak mulakan menulis entry mesti nak betulkan suara yang lunak manja ni (Pstttt..walaupun menulis x perlukan suara..haha. just type la )..erkkk. my point adalah sepanjang hari ni, saya telah meluangkan masa mengikuti satu program anjuran Biro Kemudahan dan Perkhidmatan, DPP Petronas, UUM. Si cantik manis dan abang handsome mesti nak tau nama programnya kan?..
.......sila lihat dibawah

sedikit maklumat mengenai Baitul Hannan, Kg Bohor Mali

Baitul Hannan, Kg Bohor Mali menempatkan seramai 10 orang penghuni yang kesemuanya adalah islam. Seorang daripada penghuni merupakan saudara baru berasal daripada Thailand, Alhamdulillah. Setiap penghuni menginap dirumah yang berasingan antara satu sama lain. Rumah yang disediakan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yang menjadi keperluan kepada penghuni. Setiap rumah juga disediakan bilik air bagi memudahkan urusan harian penghuni. Antara kelengkapan yang disediakan termasuk mesin membasuh pakaian, dapur, almari pakaian, katil, peti ais dan televisyen. Penempatan ini dipantau oleh Puan Siti selaku penjaga Baitul Hannan, Kg Bohor Mali yang merupakan anak kelahiran johor. Saya dimaklumkan, Baitul Hannan, Kg Bohor Mali ditubuhkan dibawah badan Kebajikan dan Sosial ( Badan Bukan Kerajaan). Syukur Alhamdulilah, disebabkan keprihatinan mereka, Baitul Hannan, Kg Bohor Mali ditubuhkan. Rata-rata penghuni bukanlah tiada tempat perlindungan, tetapi disebabkan kesibukan anak-anak dalam urusan kerja serta berjauhan dengan kediaman anak-anak mendorong mereka untuk tinggal di Baitul Hannan Kg Bohor Mali. anak-anak dan waris penghuni Baitul Hannan Kg Bohor Mali juga sering meluangkan masa melawat penghuni pada hujung minggu.

Fizikal Baitul Hannan Kg Bohor Mali..
pintu gerbang Baitul Hannan Kg Bohor Mali.
Baitul Hannan ni berhadapan dengann kawasan sawah padi..seriously cantik.nanti saya upload gambar sawah padi yang berhadapan dengan pintu gerbang ni yee..

...gambar dari sudut tepi
nampak tak the green gate?.pintu gerbang tadi.hehe


 salah sebuah bangunan yang dihuni oleh warga emas yang mendaftar di sini.hurmmm, banyak lagi nie. jenuh nak upload..huhu





gambar kat bawah ni pulak tumbuhan hijau yang sejuk mata memandang ...
layan..


haa..nampak tak bangunan yang atapnya colour pink tu?..sekolah agama XXX (sorry, terlupa nama sekolahnya)..nanti saya tanya kawan-kawan yang lain ye..
...warga di Baitul hannan ni, selalu juga menunaikan solat 5 waktu di surau sekolah berkenaan. dekat je.
saat yang saya tak boleh lupakan : menemani salah seorang warga disini mencari buah mempelam yang gugur semata-mata untuk menjamu kami yang bertandang. sangat terharu. teringat kat emak dikampung yang sangat cantik dan terfikir apakah yang sedang dilakukan mak pada masa itu. kalau anda mempunyai peluang, pergilah melawat ketempat yang sebegini. pasti dapat meningkatkan motivasi diri dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi memenuhi cita-cita ibu dan ayah yang telah banyak berkorban untuk kita..wallahhua'lam..












 ...pejabat Baitul Hannan Kg Bohor Mali









                                                                  Bilik tetamu...jomm






  



                                         permandangan kawasan sawah padi yang berhadapan Baitul Hannan...
    




klik-klik ::::::... bersambung

Wednesday, 16 May 2012

have a sweet dream


Assalammualaikum and good night pembaca yang dirahmati sekalian
Tahu tak anda antara perkara yang perlu dilakukan oleh “muslims” sebelum menjelajah ke alam maya a.k.a tidur Zzzzzzz?

MUHASABAH DIRI!!!..jommm

Tanyalah pada diri sendiri..Apakah yang aku telah lakukan sepanjang hari ini?. Kemanakah kakiku telah melangkah?.kebaikan apakah yang telah berjaya dilakukan sepanjang hari ini?. Kejahatan apakah yang telah dilakukan, terhadap siapa?. Pohonlah kemaafan sekiranya kamu menzalimi dan menjahati orang lain. Kearah apakah aku gunakan setiap pancaindera yang telah dikurniakan Allah sepanjang hari ini?..sesungguhnya, Allah sentiasa melebarkan pintu kemaafan buat hamba-hambaNya. InshaAllah sama-samalah kita bermuhasabah. BERMUHASABAH mampu meningkatkan keimanan kita.

Lakukanlah perkara-perkara dibawah sebelum tidur..tak rugi pun malah menguntungkan kita JOMMMM..

# Memohon keampunan daripada Allah untuk diri, ibu bapa, guru-guru, seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat islam di muka bumi milik Allah S.W.T.
# Memaafkan kesalahan semua orang yang pernah menyakiti dan berbuat jahat kepada kita samada pada hari ini ataupun sebelumnya dengan seikhlas hati.
# Membuat wasiat sebagai persiapan seolah kita akan terus tidur buat selamanya. Hurmmm, saya berpendapat, diari juga boleh dianggap sebagai wasiat. 
# Melunaskan hutang. Sekiranya tidak berkemampuan pada hari ini dan sebelumnya, tulislah  wasiat untuk waris kita tolong melangsaikannnya. INGATLAH pembaca yang sangat saya sayangi ; HUTANG WAJIB dilangsaikan.  Salah satu tanda orang BERIMAN adalah yang mengingati hutangnya dan berusaha membayarnya sehingga benar-benar berjaya melangsaikannya. Allah hua’lam .. 0_0
# Menyelesaikan semua kerja yang tertangguh.

Oppss..

Sunat sebelum tidur
Step 1 : ambil wudhu’ (kredit kalau kita solat sunat sementara berada dalam keadaan berwudhu’)
Step 2 : kibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali
Step 3 : duduklah diatas tempat tidur dengan bismillah
Step 4 : mengucap dua kalimah syahadah +  membaca (doa sebelum tidur + qursi + Al-fatihah)
Step 5 : menadah tangan(bacalah 3 Qul+ hembus ditangan + sapukan keseluruh anggota badan sebanyak 3 kali).
Step 6 : berdoalah dan bermuhasabah diri.
Step 7 : baringlah diatas lampung sebelah kanan (mengiring kekanan)
Step 8 : tidurlah dengan harapan supaya diberi kesempatan untuk hidup kembali keesokan hari.

Tuesday, 15 May 2012

i'm proud to be a muslimah..Alhamdulillah


Astaghfirullahhal ‘azim
Kenapalah hati ni kadang-kadang diluar kawalan?..
MashaAllah. .
Ya Allah, ampunila dosa-dosa hamba mu ini.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku. Tempatkanlah kedua mereka bersama-sama orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.
Ya Allah ampunilah dosa-dosa guru-guruku.
Ya Allah, ampunilah dosa- dosa seluruh ahli keluargaku.
Ya Allah, ampunilah dosa –dosa sahabat-sahabatku.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat dimuka bumiMu ini.
Sesungguhnya, hanya padaMu aku layak memohon keampunan untuk semua orang yang aku sayangi ya Allah.
......................................................^^^***^^^..........................................................................

Tengah ralit membuat assignment, terpandang pulak something yang banyak menyimpan kenangan. Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk menghadapi segala jua dugaanMu ya Allah. Sesungguhnya, setiap apa yang Engkau berkehendakkan keatas hambamu, ada hikmah disebaliknya. InshaAllah..
Masih terngiang-ngiang suara ustazah Noraida “ Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian kepada setiap hambaNya melainkan yang mampu dihadapi oleh setiap hambaNya”   ..Allah hu’alam. Bermaksud, Allah tidak akan memberikan ujian atau musibah kepada kita (hambanya) sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. ALLAH LEBIH MENGETAHUI. Setiap ujian yang diturunkan, kita mampu menghadapinya walau seberat mana sekalipun. Semakin berat ujian yang diberikan, semakin ia menunjukkan betapa Allah menyayangi kita. Ingatlah..Allah tidak zalim. Allah sangat penyayang. Allah masih menutup aib hambanya walaupun, hambanya itu bergelumang dosa. Allah masih memberi rezeki kepada hambanya yang tidak pernah sujud menyembah kepadaNya. mashaAllah. Betapa Allah sangat penyayang kepada setiap hambanya. Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan I’M PROUD TO BE A MUSLIMAH. Alhamdulillah..
Dilahirkan dalam keadaan Islam, kita sangat bertuah sekiranya dibandingkan dengan yang tidak dilahirkan dalam Islam. Islam itu indah..percayalahh!!!

 Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati ini kepada Islam selamanya..Aameen

Friday, 11 May 2012

my sweet roommate

hai assalammualaikum..
apa khabar pembaca yang so handsome dan beautiful ..ahaaa (terkoyak rabakla kain semuanya satgy nie)
ehemm2 (betulkan suara jap).
kali nie, entry sy mengenai my sweet roommate yg sangat kindly..ohoooo
yeke?..of courselaa..tengokla roommate sape kan. my roommate nie klaka sikit orangnya walaupun sweet and manja gitu, tp keletah die always funny to me. sememangnya menjadi kebiasan my roommate setiap kali she want to go back her hometown, pasti melayangkan one note. "ina, akak balik dulu ye..bye. (signature)..so sweet. suke sangat bile dapat note yg so nice like it. bagi saya, itu tanda that myself is appreciate by her; someone yg dulunya tidak pernah terlintas untuk sy menyayangi seperti adik beradik..hehehh..touchingla plak.dushhh
whateverlaa. janji x lebih2 suda (pisang berbuah dua kali)..hahh!!..never. mmng sakit kalau diingatkan. but i'm promise to myself, i never hate the others people. because, who is me to give a punishment. and i know that nobody is perfect include me.
hurmm (smbil memikirkan apa nak ditype about my roommate). susah senang, kami selama 3 sem tinggal bersama , memori yang akan sy abadikan dalam kenangan hidup sy. before this, my ex-roommates, ain and kak ina  also  nice person. i'm still remember both of them. right now, my roommate la yg menjadi kekasih hati (bukanla pasangan couple tp tmpt sy bermanja). sy dah anggap my roommate as my real sister. masak memasak sama2, makan pon sama2, berceloteh, bergurau, pergi toilet lewat malam smbil mata melilau2 tkotkan orang bkn hantu..haha, study sama..n everything we done together. her boyfriend pon sy dah kenal..her family and apa pon masalah kami kongsikan bersama (kecualila peribadi sngt).something yg paling3 xkan sy lupakan..tuttt.
mengambil tanpa kebenaran (aka mencuri ) dua kumtum bunga tahi ayam yg sangat awesome.kuning gituuu.
alkisahnya, habis mid sem exam last month (x ingat bape haribulan) keluar dari dewan exam berceritalah kami mengenai soalan 'financial management' yg agak susah baru tadi. tiba-tiba ternampak sekelompok bunga tahi ayam yg sangat menarik bagi kami dengan warnanya yg kuning pekat dibawah cahaya lampu yg samar2. haha..sy hanya menegur pd asalnya tanpa niat tertentu
me :  cantiknya bunga-bunga tu kak..kuning. nape ad kat situ ekk?.sebelum nie rasanya xde lagi kan?".
my roommate :  haahla ina. nie mesti nk sambut Tun Dr Mahathir baru nie..HARI PENGASASAN UUM.
me : oo yee?.. tak tau pon
my roommate : ehh..jom amik nak tak ina?
me : r u serious kak?..bole jek. sy cover line.tapi takutla kak?..cctv kan ad
my roommate : xpe..akak kan ada.
me : haaa..apa kata sy tutup dengan payung. akak amik untuk akak dahla. sy x maula
my roommate : alaaa..amik jela ina..
cisss..berlagak baikla sy nie kan.at last, ambil jugak. begitula ceritanya. disebabkan nak ambil bunga tanpa kebenaran, sampai tertinggal bas. hahahaha..klaka sngt. nasib baik ad lagi satu bas kat belakang. jadi, malam berkenaan kami sampai lewat ke bilik. bunga tahi ayam tu, kami letak di meja masing2 sampai layu. dan masih kekal sampai sekarang (da layu pun).tp sayang nak buang. kenangan bersama roommate. lepas nie ta tau bila lagi dapat jumpa dengan my sweet roommate. this is the last semester for my roommate but not me. huhhh..sem depan dapat roommate barula nmpaknya. takpe. redha je. ada rezeki, jumpa lagi ye my sweet roommate.
ooppss, lupe nk mentioned kat u all. my sweet roommate nie orang penang. jadi mmng patotla die kerap balik kg. rindukan family katanya. untunglaaa. sy plak jauh nk balik. tinggal seorang diri jela kat bilik. nak ikut roommate balik kg, assignment berlambak. terpaksa membatalkan niat nak ikut my roommate semalam.  i'm so sorry roommate. i love you as my sister. mmuahhh