Labels

Wednesday 16 May 2012

have a sweet dream


Assalammualaikum and good night pembaca yang dirahmati sekalian
Tahu tak anda antara perkara yang perlu dilakukan oleh “muslims” sebelum menjelajah ke alam maya a.k.a tidur Zzzzzzz?

MUHASABAH DIRI!!!..jommm

Tanyalah pada diri sendiri..Apakah yang aku telah lakukan sepanjang hari ini?. Kemanakah kakiku telah melangkah?.kebaikan apakah yang telah berjaya dilakukan sepanjang hari ini?. Kejahatan apakah yang telah dilakukan, terhadap siapa?. Pohonlah kemaafan sekiranya kamu menzalimi dan menjahati orang lain. Kearah apakah aku gunakan setiap pancaindera yang telah dikurniakan Allah sepanjang hari ini?..sesungguhnya, Allah sentiasa melebarkan pintu kemaafan buat hamba-hambaNya. InshaAllah sama-samalah kita bermuhasabah. BERMUHASABAH mampu meningkatkan keimanan kita.

Lakukanlah perkara-perkara dibawah sebelum tidur..tak rugi pun malah menguntungkan kita JOMMMM..

# Memohon keampunan daripada Allah untuk diri, ibu bapa, guru-guru, seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat islam di muka bumi milik Allah S.W.T.
# Memaafkan kesalahan semua orang yang pernah menyakiti dan berbuat jahat kepada kita samada pada hari ini ataupun sebelumnya dengan seikhlas hati.
# Membuat wasiat sebagai persiapan seolah kita akan terus tidur buat selamanya. Hurmmm, saya berpendapat, diari juga boleh dianggap sebagai wasiat. 
# Melunaskan hutang. Sekiranya tidak berkemampuan pada hari ini dan sebelumnya, tulislah  wasiat untuk waris kita tolong melangsaikannnya. INGATLAH pembaca yang sangat saya sayangi ; HUTANG WAJIB dilangsaikan.  Salah satu tanda orang BERIMAN adalah yang mengingati hutangnya dan berusaha membayarnya sehingga benar-benar berjaya melangsaikannya. Allah hua’lam .. 0_0
# Menyelesaikan semua kerja yang tertangguh.

Oppss..

Sunat sebelum tidur
Step 1 : ambil wudhu’ (kredit kalau kita solat sunat sementara berada dalam keadaan berwudhu’)
Step 2 : kibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali
Step 3 : duduklah diatas tempat tidur dengan bismillah
Step 4 : mengucap dua kalimah syahadah +  membaca (doa sebelum tidur + qursi + Al-fatihah)
Step 5 : menadah tangan(bacalah 3 Qul+ hembus ditangan + sapukan keseluruh anggota badan sebanyak 3 kali).
Step 6 : berdoalah dan bermuhasabah diri.
Step 7 : baringlah diatas lampung sebelah kanan (mengiring kekanan)
Step 8 : tidurlah dengan harapan supaya diberi kesempatan untuk hidup kembali keesokan hari.