Labels

Sunday 20 May 2012

Part 1 ; Rumah sejahtera (Baitul Hannan), Kg Bohor Mali, 02700 Simpang Empat, Perlis.

perihal 18 Mei 2012 - jumaat
Assalammualaikum pembaca yang cantik manis dan kacak bergaya..Masa terluang??..jom baca entry saya..
Ehemm2, seperti biasa kalau nak mulakan menulis entry mesti nak betulkan suara yang lunak manja ni (Pstttt..walaupun menulis x perlukan suara..haha. just type la )..erkkk. my point adalah sepanjang hari ni, saya telah meluangkan masa mengikuti satu program anjuran Biro Kemudahan dan Perkhidmatan, DPP Petronas, UUM. Si cantik manis dan abang handsome mesti nak tau nama programnya kan?..
.......sila lihat dibawah

sedikit maklumat mengenai Baitul Hannan, Kg Bohor Mali

Baitul Hannan, Kg Bohor Mali menempatkan seramai 10 orang penghuni yang kesemuanya adalah islam. Seorang daripada penghuni merupakan saudara baru berasal daripada Thailand, Alhamdulillah. Setiap penghuni menginap dirumah yang berasingan antara satu sama lain. Rumah yang disediakan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yang menjadi keperluan kepada penghuni. Setiap rumah juga disediakan bilik air bagi memudahkan urusan harian penghuni. Antara kelengkapan yang disediakan termasuk mesin membasuh pakaian, dapur, almari pakaian, katil, peti ais dan televisyen. Penempatan ini dipantau oleh Puan Siti selaku penjaga Baitul Hannan, Kg Bohor Mali yang merupakan anak kelahiran johor. Saya dimaklumkan, Baitul Hannan, Kg Bohor Mali ditubuhkan dibawah badan Kebajikan dan Sosial ( Badan Bukan Kerajaan). Syukur Alhamdulilah, disebabkan keprihatinan mereka, Baitul Hannan, Kg Bohor Mali ditubuhkan. Rata-rata penghuni bukanlah tiada tempat perlindungan, tetapi disebabkan kesibukan anak-anak dalam urusan kerja serta berjauhan dengan kediaman anak-anak mendorong mereka untuk tinggal di Baitul Hannan Kg Bohor Mali. anak-anak dan waris penghuni Baitul Hannan Kg Bohor Mali juga sering meluangkan masa melawat penghuni pada hujung minggu.

Fizikal Baitul Hannan Kg Bohor Mali..
pintu gerbang Baitul Hannan Kg Bohor Mali.
Baitul Hannan ni berhadapan dengann kawasan sawah padi..seriously cantik.nanti saya upload gambar sawah padi yang berhadapan dengan pintu gerbang ni yee..

...gambar dari sudut tepi
nampak tak the green gate?.pintu gerbang tadi.hehe


 salah sebuah bangunan yang dihuni oleh warga emas yang mendaftar di sini.hurmmm, banyak lagi nie. jenuh nak upload..huhu





gambar kat bawah ni pulak tumbuhan hijau yang sejuk mata memandang ...
layan..


haa..nampak tak bangunan yang atapnya colour pink tu?..sekolah agama XXX (sorry, terlupa nama sekolahnya)..nanti saya tanya kawan-kawan yang lain ye..
...warga di Baitul hannan ni, selalu juga menunaikan solat 5 waktu di surau sekolah berkenaan. dekat je.
saat yang saya tak boleh lupakan : menemani salah seorang warga disini mencari buah mempelam yang gugur semata-mata untuk menjamu kami yang bertandang. sangat terharu. teringat kat emak dikampung yang sangat cantik dan terfikir apakah yang sedang dilakukan mak pada masa itu. kalau anda mempunyai peluang, pergilah melawat ketempat yang sebegini. pasti dapat meningkatkan motivasi diri dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi memenuhi cita-cita ibu dan ayah yang telah banyak berkorban untuk kita..wallahhua'lam..












 ...pejabat Baitul Hannan Kg Bohor Mali









                                                                  Bilik tetamu...jomm






  



                                         permandangan kawasan sawah padi yang berhadapan Baitul Hannan...
    




klik-klik ::::::... bersambung