Labels

Saturday 31 March 2012

buat baik biarlah berpada

assalammualaikum..
salam perkenalan wahai pembaca sekalian.

saya sekadar ingin berkongsi suka dan duka dalam hidup saya
tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. 
berdasarkan apa yang telah saya lalui, saya jadikan sebagai pengajaran
inshaAllah...

pembaca yang dirahmati Allah,
kepercayaan sepenuhnya mestilah kepada yang maha ESA
kasih dan sayang serta cinta kita juga mestilah kepadaNya
mengadulah jua kepada yang maha pendengar
kerana rahsia kita akan tersimpan kekal tanpa kebocoran 
tetapi..ingatlah bahawa kita masih mempunyai seseorang 
yang mampu menenteramkan kekusutan jiwa kita
beliau adalah ibumu (pembaca) dan ibuku
mengadulah kepada ibu jika dibandingkan dengan seorang sahabat.
ibu/mak/ummi/mama/ma adalah pendengar yang setia anak-anak
setiap nasihat mereka sangat berguna dan membina
jika dibandingkan dengan seorang sahabat...

sejauhmana sekalipun sayang dan cinta kita kepada orang lain 
yang tiada apa-apa ikatan dan pertalian, 
tidak mampu menandingi kesetian dan nilai sebuah kekeluargaan
kadangkala, kita mungkin alpa dengan keseronokan dunia
sehingga melupakan orang yang lebih penting dalam hidup kita
malah, kita pernah menyamakan rasa kasih dan sayang 
antara keluarga dan orang luar ..tidak salah 
tetapi biarlah berpada
jika tidak, kelak hancur binasa

luluhnya hati seorang sahabat apabila aibnya tidak dijaga
sebagaimana tegarnya beliau menjaga aib sahabatnya itu
hancurnya hati seorang sahabat apabila kasih dan sayangnya disalaherti
ranapnya seluruh jiwa seorang sahabat apabila kebaikannya disalahgunakan
betapa pilunya..apabila seorang sahabat terpaksa berdiam diri untuk menutup aib yang lain pula
dengan menggadaikan sebuah perhubungan yang sedang matang

tentang dia...
tidak saya kesali
pokok asasnya, bukan sekadari ini menjadi penyebab
saya cuba untuk redha apa yang telah terjadi
inshaAllah

perbezaan didikan dan latar belakang
mungkin sesuatu yang remeh, tetapi ia mampu menjadi sesuatu yang besar dalam situasi tertentu
janganlah disamakan kebiasaan kita dengan orang lain
penerimaan setiap orang adalah berbeza
mempelajari dan menghayati budaya baru
tidak rugi malah mendewasakan pemikiran dan ideologi 
kekandang lembu mengembu,
kekandang kambing mengembek