Labels

Wednesday 4 January 2012

sedikit perkongsian

selamat malam semua
sebentar tadi baru sahaja saya melawat satu "entry" berkenaan individu yang dahulunya pernah membanggakan negara dengan pencapaian SPM 17A1. saya sendiri pun kurang mengikuti perkembangan individu terbabit tetapi sekurang-kurangnya saya mengetahui juga serba sedikit mengenai beliau. beliau berjaya mendapat tempat di salah sebuah universiti di UK kalau tidak salah dalam bidang perubatan. dahulunya saya pernah merasa bangga kerana kejayaan beliau sebagai rakyat malaysia tetapi sekarang timbul pelbagai isu yang mengaitkan beliau dengan kebanyakannya bersifat negatif. saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana tidak mengetahui kisah yang sebenarnya dari individu terlibat. 
namun,saya  sangat-sangat berharap bahawa segala maklumat berkenaan adalah palsu dan tidak benar. dalam masa yang sama, saya turut mengingatkan diri sendiri supaya dapat meningkatkan keimanan kepadaNya dan mengekalkan adap dan sopan sebagai melayu islam.
saya turut mengambil komen-komen yang membina dan positif untuk saya aplikasikan dalam kehidupan saya sekarang dan pada masa hadapan. 
wallahhualam..
i love pa n ma