Labels

Wednesday 13 March 2013

hari ini dalam genggaman???

alhamdulillah, 
sebulan lebih sudah nana berpraktikal disini. fun dan semakin fasih dengan suasana kerja disini. 
huhh, kekok pulak nana rasa nak mengupdate entri. dah lama tak duk ngadap benda alah nieh.

dalam duk sibuk fasihkan diri dngan keadaan kat sini, nana amik tau jugaklah isu semasa. takziah nana ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam operasi di Lahad Datu. semoga roh mereka dicucuri rahmat. amiin

apa yang nana sangat risaukan adalah keselamatan negara kita Malaysia sekarang nie. kadang-kadang nana rasa Malaysia dah tak aman walaupun luarannya nampak ok tetapi dalamannya, hanya pihak-pihak/individu yang tertentu je mengetahui keadaan sebenar. nana tak tau samada maklumat yang diperolehi sahih atau tak. 
apa pun, marilah kita (rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama) sama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia. insha Allah.

........................................................................................................................................................

pencarian yang belum berakhir

nana masih berharap hingga kini untuk berjumpa dengan individu yang pernah bersama-sama ketika susah dan senang dengan nana suatu ketika dulu. yang hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. dimana silapnya, nana kurang pasti. mungkin banyaknya dari diri nana sendiri. setahun lebih nana mencari, tapi semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil. kadang-kadang nana putus asa dan berserah kepada takdir Allah. sesungguhnya nana hanya membohongi orang sekeliling sekiranya nana mengatakan nana telah melupakannya. tak mungkin nana akan terus melupakannya, tak mungkinnn...
inshaAllah kalau diizinkan Allah, kami akan berjumpa suatu hari nanti.
mudah-mudahan.

.............................................................................................................................................................

wasiat nana
apa pun yang mungkin berlaku akan datang semuanya ketentuanNya yang maha Kuasa. 
coretan di blog nie akan menjadi sebuah kisah/kenangan kepada yang mengenali nana sekiranya terjadi apa-apa kepada nana kemudian hari terutama ahli keluarga dan rakan-rakan nana.

jodoh pertemuan dan ajal maut ditangan tuhan.