Labels

Tuesday 15 September 2015

No point... blurr

Assalammualaikum.. 

Dah lama nak berbelog, asyik tak sempat memanjang. Alhamdulillah hari ni nana diberi kesempatan.
Kesian kat pembaca setia entri2 nana terutama cik Ruby, nana minta maaf sangat2 dah lama tak update. Macam biasa, kalau nana mula berbelog, mesti something wrong somewhere. Yes, nana Sedih.
Kenapa orang melayu islam kurang nilai budi bahasa. Tolonglah jangan anggap bila diri dah ada semuanya (keduniaan), sesuka hati memandang serong kat orang lain. Mana ada orang perfect. 

Nana dah cuba sedaya upaya memuaskan hati orang, tapi apa yang nana dapat?? .  

ORANG TAKKAN 100%  FAHAM SITUASI KITA hatta darah daging sendiri. 
Biarlah apa orang nak kata, TEGAKKAN PENDIRIAN kita.
Ingatlah, Kalau bukan kita, SIAPA LAGI YANG AKAN BANTU KELUARGA KITA SENDIRI. 
Biarlah BERSUSAH SAMA-SAMA dari sekarang, ASAL TAK MENYESAL KEMUDIAN HARI
..SETIAP YANG KITA SUARAKAN, EMOSIKAN mungkin dipandang remeh oleh orang lain.   dan..
Kita MENANGIS SETIAP MALAM TIADA YANG TAHU. Hanya ALLAH S.A.W yang tahu.
Ya, BUKAN KESENANGAN YANG DICARI, Sebaliknya Kebahagiaan dan Ketenangan.

#hargaioranglaintakrugi
#cubauntukberfikiranpositifwalaususah
#baiktinggalkanjeorangyangtaktaumenghargai

Nana...



Tuesday 17 March 2015

Alhamdulillah

Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah

Nana bersyukur sangat masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah. Hidup ini ibarat pengembaraan didunia yang disewa menggunakan tubuh yang dipinjam. Hanya sekelip mata, apapun yang dikehendakiNya, pasti terjadi walau diluar jangkaan kita sebagai manusia. Terlalu banyak dosa yang nana dah lakukan sepanjang lebih 20 tahun ni. Tapi Allah masih beri nana masa dan peluang untuk berubah kearah yang lebih baik. Nana rasa amat kerdil.

Nana dulunya seorang yang panas baran, ego, sensitif. Alhamdulillah sekarang dah boleh cuba kurangkan yang negatif. Yess!! Good Job Nana.

Kehidupan sekarang walaupun sederhana,tapi tenang dan bahagia. Kehidupan yang berteraskan rules islam yang betul diikuti pemahaman dan penghayatan sangat bahagia. Islam agama yang indah. Tersangat Indahhh. Islam mengangkat martabat kaum wanita. Janganlah disebabkan adat dan budaya, wanita dilayan acuh tak acuh, dan menidakkan hak-hak mereka. Ikutlah rules Allah.

Nana..

Monday 27 May 2013

aiyooo

alhamdulillah..siap jugak practicum final report nana akhirnya..
sebulan terakhir praktikal, nana dah sibukkan diri menyiapkan final report nieh. dan hasilnya
tadaa..dah siap dengan jayanya..time kasih mak ayah, kakak abang, adik-adik, bos nana, rakan sejabatan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..chewahhh..hehe
dan my next plan adalah...mencari kerja!!!. dalam kepala hotak nana, tak kisahlah keje apa pun janji nana dapat income..at least, xdelah nak mintak duit mak ayah lagi dah. nana rasa dah ckup besar panjang nak bergantung dengan mak ayah lagi..start from now, nana akan berusaha untuk dapatkan keje..chaiyokkk nana. ekonomi dah stabil baru nana nak fikirkan tunang nikah bagai. satgy, nak nikah pon buat loan..mintak dijauhkan. nana kalau boleh xnak utang2 takut nanti jadi pape kat nana, sape nak tlong bayarkan???..mesti family terdekat. aiyoooo, kesian mak ayah nana. oleh yang demikian, nana akan usaha keras demi masa depan nana dan family (termasuk future family)..ahaaa
peace..nana

Thursday 14 March 2013

tabiat buruk


tabiat buruk yang menyusahkan orang lain??..jom!! kita cuba ubah. Insha Allah kalau ada kesungguhan akan berjaya. hurmmmm, sentuh mengenai "tabiat buruk", ye nana sedar diri nana pon tak perfect dan tak de hak nak hukum orang lain. TAPI kalau bagi effect pada nana, mau tak hamun satu badan. kita nak cepat, boleh main-main. duk tangguh dari hari ke hari. kerja kalau bertangguh, makin bertambah nanti. dulu time belajar, nana pun suka tangguh kerja tapi takdelah sampai nak nyusahkan orang lain. paling-paling pun individual assignment je yang nana tangguh + siap jugak walaupun pada tarikh nak submit. bersengkang mata pun nana sanggup semata-mata last minutes dan siapkan jugak. group assignment??nana elakkan untuk tangguh menangguh nie. nana cukup faham macammana dapat part mengedit. mak aihhh, memang menguji kesabaran kalau tak dapat kerjasama yang lain. oleh itu, nana akan cuba siapkan part nana secepat yang mungkin supaya tak menyusahkan yang mengedit. sekian -peace~

copp!!, nana sayang sorang kakak nie. dari jabatan sumber manusia. baik orangnya dan sedang pregnant. nana mendaftar diri dengan kakak nielah. sangat berbudi bahasa. mudah-mudahan zuriat yang dikandungkan kakak berkenaan merupakan bakal anak yang soleh/solehah. amiin. 
moral of story
~ jangan suka bertangguh
~ ingatlah kita sebagai manusia tiada hak untuk menghukum orang lain. 
~ jauhi dosa free mendengar,mengiayakan dan turut serta dalam operasi umpat mengumpat dan caci memaki.
~ apa pun berlaku, sayanglah ibu ayah..keluarga.


Wednesday 13 March 2013

hari ini dalam genggaman???

alhamdulillah, 
sebulan lebih sudah nana berpraktikal disini. fun dan semakin fasih dengan suasana kerja disini. 
huhh, kekok pulak nana rasa nak mengupdate entri. dah lama tak duk ngadap benda alah nieh.

dalam duk sibuk fasihkan diri dngan keadaan kat sini, nana amik tau jugaklah isu semasa. takziah nana ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam operasi di Lahad Datu. semoga roh mereka dicucuri rahmat. amiin

apa yang nana sangat risaukan adalah keselamatan negara kita Malaysia sekarang nie. kadang-kadang nana rasa Malaysia dah tak aman walaupun luarannya nampak ok tetapi dalamannya, hanya pihak-pihak/individu yang tertentu je mengetahui keadaan sebenar. nana tak tau samada maklumat yang diperolehi sahih atau tak. 
apa pun, marilah kita (rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama) sama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia. insha Allah.

........................................................................................................................................................

pencarian yang belum berakhir

nana masih berharap hingga kini untuk berjumpa dengan individu yang pernah bersama-sama ketika susah dan senang dengan nana suatu ketika dulu. yang hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. dimana silapnya, nana kurang pasti. mungkin banyaknya dari diri nana sendiri. setahun lebih nana mencari, tapi semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil. kadang-kadang nana putus asa dan berserah kepada takdir Allah. sesungguhnya nana hanya membohongi orang sekeliling sekiranya nana mengatakan nana telah melupakannya. tak mungkin nana akan terus melupakannya, tak mungkinnn...
inshaAllah kalau diizinkan Allah, kami akan berjumpa suatu hari nanti.
mudah-mudahan.

.............................................................................................................................................................

wasiat nana
apa pun yang mungkin berlaku akan datang semuanya ketentuanNya yang maha Kuasa. 
coretan di blog nie akan menjadi sebuah kisah/kenangan kepada yang mengenali nana sekiranya terjadi apa-apa kepada nana kemudian hari terutama ahli keluarga dan rakan-rakan nana.

jodoh pertemuan dan ajal maut ditangan tuhan.

Thursday 21 February 2013

praktikal!!

alhamdulillah.. masuk minggu ketiga nana berpraktikal.. hehe. best jugaklahh. sebab??. work condition yang happy go lucky. staff pon friendly semuanya. sudi ngajar nana selagi tak faham.oupss??. pape jelahh.
nana nak share, 1st day daftar diri--> mak aihh. nak gugur jantung risau punya pasal. at last, bukak je pintu office... taraAa, disambut baik oleh semua staff. alhamdulillah. nana bersyukur kepada Allah. walaupun kebanyakan staff agak berumur, tapi nana cuba menyesuaikan diri disini. mula-mula agak kekok. yelahh kita dah biasa bergurau senda dengan kawan-kawan yang sebaya. tiba-tiba masuk dalam kelompok golongan yang lebih tua dari kita, mestilah susah nak sesuaikan diri. TAPIII, percaya atau tak, nana seronok sangat kat sini.
peace ^_^

Saturday 5 January 2013

Pertautan

Pertautan antara kita.

Saat ini, minit ini, jam ini dan hari ini,
Aku sangat menanggung kerinduan terhadapmu,
Mungkinkah masih ada hari esok seperti hari ini,
Ingin sekali aku tawan detik-detikmu.

Agar setiap detik kita semua bisa bersama,
Buat selamanya tanpa sebarang halangan,
Ya!. sungguh banyak halangan untuk kita semua bersama,
Seperti ada yang meracuni, merancangkan pelbagai halangan.

Itulah pentas kehidupan kita,
Yang tidak diketahui penghujungnya...???

untuk menyesali?..jauh sekali. kerana diri ini yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah sebaliknya. untuk berdendam?..inshaAllah, akan diri ini cuba usir sejauh yang mungkin. kerana kasihnya diri ini pada semua. tak terkecuali ahli baru. diri ini sangat menyayangi semua. apa yang termampu, hanya doa sebagai senjata terakhir untuk kita semua bersatu akhirnya.

p/s: seriously nana tak pandai berpuisi bagai, harap maaf sekiranya menjengkelkan anda yang membaca. apa yang nana cuba sampaikan merupakan luahan hati yang tak terungkap dengan kata-kata. 

nana-rahim